Wednesday

Cubaan 1..2...3...Zzz...Zzz...

Salam utk semua pembaca bloggers. Lagi-lagi yg gatal tangan bukak blog aku utk dibaca. Ni 1st try aku dlm menulis blog dalam laman elektronik. Maju dah dunia sekarang kan? huahuahua.. aku je yg ketinggalan rupanya. cis!

Hari ni masuk puasa ketiga. Kejap jek dah 3 Ramadhan. 1st post aku nih aku tak tau ape yg nak dibebelkan. Mungkin bercerita pasal keadaan seseorang ketika tibanya bulan puasa. Pada aku.. bulan puasa sebagai student yg jauh dari keluarga nih..(jauh ke? KL-JB jek) takde pun beza sangat suasananya. cuma tak dapat rasa masakan mak aku jek la. Sehari sebelum puasa hari tu dia ada call aku. Tanya balik JB ke tak.
Aku bagitau kat dia, tak dapat balik. Mebi aku balik 2nd week puasa kot. Mak aku dah rindu la tuh agaknya. Macam biasa la duduk bujang nih.. kalau tak masak sendiri, aku beli luar. Tapi biasanya aku masak sendiri la.
Time duduk bujang ni la dapat belajar masak. Kalau tinggal dgn parents, jadi malas. Tulang2 semua lembik. Bangun tido jek, mak aku dah siap masak. HAHA. Lagipun dapat gak aku saving2 kan..

Rutin harian aku macam biasa jek tiba bulan puasa nih. Pegi kelas, balik kelas. Cuma dalam kelas tu jadi bebal la. Tak macam selalu. Mana taknya..biasa bangun pagi, aku cas badan aku dgn vitamin yg diimport khas dari Indonesia. Vitamin asap. HAHA..
Bulan puasa..takkan nak ponteng kot kan.. 11 bulan kite boleh isap rokok sampai berjerebu paru2. takkan la sebulan suruh tahan tak boleh kot..tu pun siang jek..kan? kan?
so..tepu lah aku tika dalam kelas..lagi2 kelas kira2. Masak! HAHA.

Kalau takde kelas, lain pulak ceritanya.
Aku lebih suka santai di hostel.
Sangat nikmat bila lepas sahur, terus jek landing time!

Bangun2 jek dah lepas Asar. Bukan sengaja nak bangun lambat2.
Tapi aku ni kalau dah tido..bom meletop kat sebelah pun aku tak sedar punyalah!
Iyela..bom dah meletup, dgn aku sekali la meletup. konpom2 tak sedarlah!
Bangun jek tido, aku terus bukak laptop, pasang lagu sempena bulan Ramadhan.
Lagu peberet bulan Ramadhan aku:

kump.Brothers - Ramadhan.

Korang tak penah dengo?
Search je kat Youtube.
Mesti ada punya.
Jangan pulak korang gatal2 type Redtube ke..Tube8 ke.. HAHA.

So..selamat berpuasa utk korang2 semua yg rasa nak puasa.

1 comment:

LS said...

Alhamdulillah, khatam juga gua baca blog lu.

Keh keh keh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...