Monday

KAMI BELUM MATI, YET! -JB








Hari Jumaat Keliwon lepas..jam 11 malam aku berlepas dari KL dengan pesawat Mara Liner yang menjemput aku di Puduraya.
Tujuan utama pulang ke JB adalah untuk melengkapkan tanggungjawab sebagai seorang band mate yang berakhlak mulia.Wawawawa...
Agak pelik suasana di Puduraya. Ulat2 tak nampak... sembunyi agaknya.
Biasa ulat2 di perhentian bas nih..tak rati tidur.
Tapi hari ni macam lengang. Takde suara2 ulat yang bersahutan.
"JB! JB! Tanjung Malim! Sekarang! Dik..balik mane dik?"
Ayat2 tu dah takde lagi dah aku dengar.
Rupanya JPJ dah start operasi banteras bas2 yang takde permit. Termasuk dengan ulat2 yang bekerja untuk diorang.

Dalam bas..macam biasa.. layan lagu kat PSP..tau2 dah sampai JB.
Amad selaku tukang jerit yang amik aku kat Larkin..memecut selaju 120km/j dengan Kelisa racingnya.
Tumpang berteduh di rumah sewanya di Pasir Gudang..banyak hal yang kami bualkan.

Malam esoknya..kami sekumpulan..seperti biasa membuat persediaan sebelum berperang.
Ditemani oleh geng2 dari Oysterville yang kesemuanya layan EPL kat kedai makan meninggalkan kami terkontang-kanting melakukan latih tubi.
Tak kisah la..MU menang. Nak apa lagi kan..haha.

Sampai seru pada esok harinya, kami ke City Plaza JB untuk berperang.
Crowd tak ramai mana pun..maklumlah..band underdog.
Takpe..kasi hentam saja!
Macam2 aksi wo!
Yang ketam..yang cabut rumput..tebas lalang..gosok baju..zapin..semua tayang skill.
Dapat main 4 lagu je..sebab masa terhad.
Sewa tapak makin mahal..
Tapi kira OK la..
Cuma sound trouble tu yang sedikit menjejaskan persembahan kitorg. Ceh!

Dapat jugak la jumpa member2 yang dah lama tak bersua muka.
Jumpa Leman PSB, Bigso PSB, Ajie J:80000 HC, Endy si Jambi Darat, Wandi Novelea and the gang, dan sape2 lagi yg aku lupa listkan nama. Sori.Huhu.

Band last yg aku sempat layan, The Dearly Missed.
Mantap band nih.
Korang kena cari. Huhu.

Penat dan basah setelah berpeluh campur air hujan...
jam 6ptg dari JB,aku pulang ke Kelana Jaya untuk meneruskan kehidupan biasa.

Bai de way..
DxD kini hanya tinggal berempat.
Aku, Lan, Wan, xAmadx.

Akan datang, berlima.
xKengx akan menggantikan Lan untuk posisi gitar.
Lan dari posisi bass akan bertukar pada posisi gitar.

Hehe...budak gemok kena main bass..
Lan dah kurus..pasal tu dia main gitar. haha.
Keng..exercise lebih, ok!

AKu cuti sem nanti.. kita kasi pulun rekod!
Release stuffs bebeh!

*gambar oleh:
xkengx / xrezazerx

3 comments:

Anonymous said...

bam nak sain nama.

kasi besar besar kat baju aku. haha

reza! said...

sepantas lipas upload..

step ahead!!

peijan said...

nnt dah siap recording bgtau aku.. mau satu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...