Saturday

KISAH PENUNGGANG MALAM

Baru kejap tadi aku nyaris2 kena pau dan diradak dgn rempit kat highway.
Mmg nasib masih menyebelahi aku.
Ceritanya cenggini...

Tadi..aku lepak dgn budak2 UIA, Ema, Zahar, Berg Hadko kat NZ bawah. Time balik tu..aku naik motor dgn Berg Hadko.
Dia semotor, aku semotor. Sampai simpang masuk ke Rawang..kitorg berpecah. Aku pun menunggang gaya Suria Baja Hitam..walaupun tenggiling aku tu warna putih. Tengok jam tangan yang aku beli kat JB dulu. Dah jejak 1.30 pagi nih.. Aku pulas throttle semaksimum mungkin merentasi highway yang kat Damansara tu. Aku rempit. Ape barang pakai side mirror. Motor standard..mane la laju sangat. Paling laju pun jejak 160 km/j je.
Aku perasan ada kenderaan follow aku dari belakang. Tapi aku tak sure la kenderaan tu motor ke.. kereta ke..bajak ke.. atau Apollo 13. Aku perasan sebab aku nampak cahaya lampu tu ikut aku sejak dari aku berpecah dengan Berg Hadko. Agak lagi 300 meter nak sampai plaza tol LDP, 2 biji motor try nak himpit aku. 125z kaler maroon dgn 125z kaler biru. Diorang suruh aku ke tepi. Gile ke hape nak aku ikut cakap diorang!
Mahap la brader..aku takkan stop kat tepi highway la..
Aku bongkokkan badan..pulas throttle sampai habis..potong angin la..kasi lagi laju. Nasib aku tak "Superman" time tu. Sampai kat plaza tol..dalam hati aku terdetik.. ni mesti aku kena dgn diorang kat lorong motor nih. Aku nekad..aku ikut jugak lorong motor tuh... Takpe.. kalau Tuhan nak cabut nyawa aku..bila2 pun Dia boleh cabut. Aku berserah..........

Dari jarak 10 meter aku nampak lampu biru berkelip2 kat lorong motor tu.
ROAD BLOCK!
Semua motor yang lalu kat lorong motor tu kena tahan. Brader2 polis nak cek lesen dgn road tax. Aku sebagai penunggang yang berhemah.. road tax? Hidup. Lesen..? Hidup.
Masa tu jugak aku repot kat polis yang cek lesen sama road tax aku tu.
Aku bagitau kat dia pasal hal tadi. Terus 2 org mamat tu kena cek kaw2.
Hasilnya?
2 parang panjang, 1 kerambit dlm beg diorang!
Kalau parang dgn kerambit tu radak perut aku tadi?
Jawapnye..Insyallah..korang tak jumpa aku dah lepas ni.

Masa tu jantung aku laju je turun naik. Tiba2 rasa haus semacam.

Tak cakap banyak..motor kena sita..tangan diorang kena gari.
Terima kasih encik polis.

Masa aku nak gerak dari lorong motor tu..
sempat polis tu nasihat aku...
" Side mirror ni kalau tak nak pakai 2-2 belah..pakai sebelah pun takpe..
Tapi lagi elok pakai 2-2 belah.. Ni boleh kena saman ni tau dik.. Lenkali pasang ye"

Dang!

8 comments:

iezah said...

uishh..bam..nsb baik ader road block 2 kn..klu x mesti k'org suma xdpt jumpa kor lg kn..ehhe..tkt aku siap bwk 2 parang tuh..neway..syukur lar kor selamat xder paper suma.. :)

delina said...

naseb baek takde pape!

dellia said...

jibamm..
selamat ko takda pape..kalo tak mesti aku rindu kat ko kan.. sape lagi nak buat lawak.. pape pun syukur gile ko selamat..hati2 weh pasni.. mesia skang mmg tak selamat dah..

nuruz said...

bam.. sib baek bam.. umo ko panjang lg. huu.. lenkali ko jgn la balik lewat2 lg.. pengajaran tuh!.

.ema. said...

weh...xsangka kejadian ni berlaku mlm tu. ish...kalau tak aku adalah prempuan terakhir yg ko jumpa lah haritu. sempat gak menunaikan hajat ko. hahahhahahhaha. :P

thank God ur still alive!

delina said...

sume orang caring ni kat jibam.

Anonymous said...

ala lek ar bam. esk lusa gua blanja lu makan pau sama sirap.


on?

phycho war said...

gile seram aku bace cite ang ni.
nasib xde ap2.
klu xtercapai hajat aku nk bersua muke ngan ang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...