Wednesday

BUKU PANDUAN PELAJAR (BAB 2- CARA2 COVER LINE BAWAK ROKOK PEGI SEKOLAH)

Wa start belajar hisap rokok masa wa tingkatan 2. Membe wa lagi champaiyon! Darjah 6 dah hisap rokok. Siap buat "O" beb! Gila true la. Tapi sekarang dia sudah berhenti merokok. Cuma sekali sekala layan lucky ball dengan wa je. Tu pun layan kat JJ Square je. Mega X dah jadi cyber cafe. Peladang dah renovate jadi hotel kot. Dia la yang ajar wa hisap rokok lu orang tau?

1st rokok yang wa hisap, Dunhill drebar bas sekolah yang wa naik hari-hari. Drebar bas wa India. Asal Ulu Tiram. Member wa yang gila true hisap rokok ni yang mintak rokok sebatang kat drebar bas time balik sekolah. Drebar bas pulak layan kepala. Ini baru namanya integriti kaum. Wa dengan member wa hisap kat seat paling belakang. Time tu bas tak gerak lagi. Still tunggu budak sekolah S.E.T.A turun. Diorang punya sekolah atas bukit. Nak jalan ambil masa. S.E.T.A tu sekolah perempuan. Time2 sekolah, kalau hisap rokok sensorang, tu kaya namanya. So, pancung la. Member wa half, wa half.

Bila wa dah gila into dalam pembabitan keluar asap ikut mulut, hidung, celah bedah semua tu, wa dah tanam tekad. Wa mesti beli rokok sekotak. Baru la true. Time tu wa dah pandai keluarkan asap jadi bentuk "O". Bentuk lain pun wa boleh buat kalau ada request dari kawan2 seperjuangan wa. Dekat dengan sekolah wa, ada satu kedai runcit yang jual rokok secara salam keruk dengan budak sekolah. Pandai diorang meniaga. Bagus. Wa beli rokok batang time tu. Wa pilih Marlboro sebab lebih lemak2 berkrim sikit berbanding Dunhill. Wa terpaksa beli sebelum masuk sekolah sebab bila wa abes kelas, wa keluar dari sekolah, kedai tu dah tutup. Takkan wa nak melanguk kat kedai tu tunggu sampai besok. Ape jadah perangai gitu.

Lu org tau tak, wa simpan mana rokok yang gua beli tu?
Wa simpan dalam tali leher. Wa rasa wa la paling gila genius dalam bab-bab cover line nih. Sekolah wa mewajibkan semua student pakai tali leher. Time wa belajar situ, gila buruk tali leher tu. Macam sekolah estet punya kaler. Kalau pakai tali leher tu keluar dari sekolah, mau jatuh merundum saham wa. Dah la sebelah sekolah wa sekolah perempuan. Sekarang dah lawa. Siap sulam2 lagi. Wa gila jaki dengan student sekolah tu sekarang.

Lepas dari tersebarnya cara2 paling berkesan yang wa modified tu, maka jadi trend kat sekolah wa. Budak2 siap bawak sekotak lagi! Time tu Dunhill 7 batang ada lagi. Tapi dah hujung2 la sebab tak lama tu, 7 batang dah tak dapat izin dari kerajaan. Pasal kerajaan mau untung lebih la wa ingat. Lepas tu ramai jugak yang kantoi. Wa je yang manjang lepas. Luck wa bagus la wa ingat. Muka wa time sekolah memang takde rupa samseng langsung la. Baik je muka. Suci je. Kalau budak2 ada terbau minyak atar jenis Malaikat Subuh, memang konpom la, wa sorang je yang pakai kat sekolah tu. Ustaz sekolah wa punya bau pun tak sehebat wa.

Wa tukar plan sebab ramai sangat yang kantoi. Balik rumah, wa singgah kedai alat tulis, wa beli pemadam yang macam pen. Tekan2 kuar pemadam. Wa modified. Wa potong pemadam jadi suku. Ada ruang kosong, wa buat letak rokok. Gila genius wa time tu. Ada guna jugak wa layan cerita McGyver kat tv tiap2 minggu. Trick wa tu, wa continue sampai wa masuk sekolah teknik.

Port2 yang biasanya budak sekolah hisap rokok, mestinya kat toilet. Tapi kat toilet la senang kantoi. Pasal kat toilet diorang pancung2 rokok laju2. Bara rokok lagi panjang dari batang rokok. Gila naga la. Bau mesti lagi cepat naik. Wa tak minat hisap rokok macam tu. Wa lagi prefer hisap rokok dengan tenang sambil fikir masa depan wa. Wa dah riki line baik buat port hisap rokok. Wa hisap rokok betol2 kat belakang astaka sekolah wa. Situ memang "harem" la kalau ada yang sesaje nak datang2 amik angin mahupun beriadah. Situ kawasan semak tu. Wa tak bagitau kat sape2. Wa buat port wa je. Bekal wa, rokok sebatang, lighter Cricket sama gula2 Hacks hitam.

Tapi sekarang wa dah tak into dengan Marlboro. Wa lagi rasi dengan Suria 12.

3 comments:

Mim Jamil said...

hisap tepi semak
nyamuk weh~
:D

Sid Nabil said...

suria 12 pemberani ke tak?
haha, nyorok dalam pemadam macam pen paling genius lah. haha

Anonymous said...

patut laa banyak jer suria ko masa aku jumpa ko hr tue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...