Friday

HATIKU KAU GURIS LUKA

Ita.. abang selalu rindu kat Ita.
Senyuman Ita tak boleh abang lupakan.
Ita sahajalah yang dapat buat abang gembira, ketawa riang, senyum kambing dan sebagainya.
Ita sangat istimewa dalam diri abang.

Tika abang jatuh, Ita yang bagi semangat pada abang. Sampai Ita pun jatuh sekali.
Tika abang menangis, Ita yang kesatkan air mata abang guna tisu gulung yang cayana buat lap lepas berak.
Tika abang kesepian, Ita hilangkan kesepian itu dengan buat riuh kat rumah abang. Memekak karaoke sampai jiran2 ugut nak bakar rumah abang.
Tika abang kekusutan, Ita hadir dengan senyuman sambil bawa syampu dengan harapan kusut itu akan terlerai. Jadah jugak kan perangai Ita. Takpe. Abang sayang.
Tika abang dahagakan kasih sayang, Ita datang sambil tatang air milo ais untuk hilangkan dahaga abang tu. Terima kasih la Ita. Kadang2, benak jugak palotak ko nih. Takpe..abang sayang.

Tapi.. kenapa Ita pergi tanpa pesan...?
Abang tau Ita busy amat dengan kerja Ita.
Ita kata Ita nak cari rezeki. Takpe..abang paham. Abang pun cari rezeki jugak.

Tapi..makin lama.. Ita semakin menjauhkan diri dari abang.
Ita cuba elak dari jumpa abang. Siap tukar no.telefon. Dulu Ita guna Maxis. Sekarang Ita guna UMobile. Apejadah nak guna UMobile Ita? Mahal tu..
Walaupun Ita tak cakap Ita tukar nombor, tapi abang tau. Biasa la.. informer ramai pe.. internet dah bersepah sekarang ni. Google je.

Berita paling baru abang tau pasal Ita.. abang sangat kecewa! Frust! Hati pedih! Jati diri penggerak wawasan! Tu pun abang baca paper kat ofis tadi. Biasa la.. abang kan kuat ngulor.. dapat port baik, bawak paper ofis sekali la. Macam tak paham2 pulak.

Sampai hati Ita tinggalkan abang!
Sampai hati Ita kahwin dengan dia!
Ita tau tak umur Ita dah berapa?
Dia tu tahap adik2 je tu..!
Ikutkan hati abang la.. mau je abang taji muka mamat tu 3-4 das.
Peduli hape abang mamat tu hot ke tak, popular ke tak.
Abang kecewa!

Apejadah Ita@ Rita Rudaini kahwin dengan player bola tu?
Malas nak letak nama player tu kat sini.
Hati panas nih.

3 comments:

.ema. said...

aidil zakuan!
hahaha
hot dowhh :P

Pita Ruzaini said...

Ita pon sayang abang jibam. dah lama ita dok mengendap blog abang jibam. Ita sayang abang jibam!

delina said...

dah agak dah rita rudaini mesti nak komen kat entri ni tapi tukaq nama sket jadi pita ruzaini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...