Tuesday
Lu Orang Pernah Baca Buku Black Metal?
Itu hari, duit poket wa campur saving dalam bank, ada la lebih kurang RM6.50, wa pergi lepak-lepak membaca di Borders, The Curve. Belek punya belek, wa sudah jumpa sama satu buku. Wa capai buku tu. Duduk bersila di celah-celah rak buku tempat orang lalu lalang memang buat wa agak kurang selesa. Janggal. Diorang lalu lalang depan wa tanpa kata "eskiyus mi" atau bongkokkan badan. Cilaka. Sikit pun tak respek wa.
Lu orang tau buku apa yang wa khusyuk sangat telaah sampai tak hirau dengan segala enounsemen yang entah sapa yang bertugas entah, selang 5 minit buat enounsemen. Sikit-sikit panggil nama Halim. Entah Halim mana entah. Wa rasa Halim tu keje kat situ la. Ngulor la tu.
Wa baca buku pasal black metal lu orang tau. Budak- budak yang cop diorang raja indie mana senggama dengan black metal ni.
Sepanjang wa duduk bersila, selang 5 minit wa gelak. Orang keliling pandang wa. Pedulik la. Elak wa sauk sekor-sekor je. Nasib baik time tu mood wa berseri-seri dengan cahaya iman. Apasal buku tu kelakar sangat? Dah macam baca selangkah ke alam misteri pulak.
Lu orang free-free pergi la survey. Membaca amalan mulia. Huh!
Dalam tu ada cerita black metal bersekutu dengan mat rempit, geng makan sampah, kumpulan Grrrr.. apajadah kumpulan Grrrr tu? Detail dalam buku tu bagitau kumpulan Grrrr tergolong dalam kumpulan yang hanya makan sayuran sahaja. Money boy juga menjadi sasaran. Apajadah money boy tu? Gay ke? Haha. Tak lupa juga ada diterangkan modus operandi black metal.
Tinggi kan ilmu penulis ni?
Ah..malas tulis panjang. Lu orang pergi survey ah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment