Ngam-ngam hari Ahad, wa salam tangan mak wa sambil ucap Selamat Hari Ibu kat mak wa. Apa macam? Anak yang baik kan wa? Ganas-ganas wa pun, wa ingat lagi nak balik kampung jumpa mak wa masa hari ibu. Ini nak harap mak lu orang yang datang jumpa lu masa hari ibu..memanglah tak boleh harap punya anak. Ahaks!
Sampai je kat rumah, mak wa bagitau.. pakcik wa ada kat dapur tu. Dah sebulan lebih dah dia stay kat rumah wa. "Cik Zam ada kat sini. Berubat kat sini..dah sebulan lebih dah. Ada kat dapur tu." bagitau mak wa. Wa pergi dapur. Khusyuk betul dia melukis. Wa kat depan dia pun dia tak perasan.
Wa salam dia. Terkejut nampak wa. Berapa tahun dia tak nampak wa. Seingat wa, last wa jumpa dia tahun 1995. Lu kira la sendiri. Bukan main panjang boraknya. Dengan janggut panjang ala tabligh, berserban, berseluar jeans paras lutut, pasang pulak lagu-lagu metal, sambil melukis kartun. Memang deep pakcik wa. Tak sangka wa ada pakcik yang deep macam tu.
Wa dengarkan saja dia bercerita. Dia kata dia tak gila. Tapi orang lain ingat dia gila. Dia kata tu semua sebab tekanan. Kerja asyik kena tipu. Kerja sebagai kartunis di syarikat tuttttt... memang dia kerja di bawah kartunis yang top. Tapi kesian.. selalu kena tipu. Hantar kartun, tapi payment tak dapat. Last-last, kartun keluar majalah. Tapi diubah sedikit struktur ideanya. Mahu tak panas hati pakcik wa. Sudahnya, tekanan menguasai diri. Langsung taknak jumpa orang. Orang ingat dia gila sebab takut nak jumpa orang. Tapi pakcik wa punya alasan. "Aku bukan apa.. malas nak jumpa orang sebab aku malas nak jawab macam-macam bila orang tanya. Diorang ingat aku gila. Tapi diorang tu yang gila tengok orang macam aku ni." Aku senyum saja bila dengar dia berborak.
Sekarang katanya seminggu sekali dia kena check up di hospital sakit jiwa. Katanya lagi doktor bagitahu yang sudah 70% pulih. Minggu lepas adalah kali terakhir dia check up.
"Ok dah ni..dah takde ape-ape dah ni. Dah tak gila dah..." kata doktor sakit jiwa.
"Sape yang gila. Aku ok je" balas pakcik wa.
Doktor pun tak boleh nak kata apa. Hahahahaha. Best betul la pakcik wa sorang ni. Long live rock n roll Cik Zam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
selamat hari ibu.
Post a Comment