Wednesday

Kawan Saya: Khumaini dan Aizat (Part 3-Finale)

Sesudah sahaja latihan kompang tamat, wa dan Shahrulnizam lincah. Bergegas untuk balik ke dalam kelas. Tangga untuk ke kelas sangat jauh. Kelas tingkat paling atas. Tingkat 3. Nak kelas pula terpaksa pusing di blok lain. Tangga yang dekat bukan tak ada. Ada. Tapi tangga tu khas untuk guru-guru dan kakitangan sekolah sahaja. Mana taknya, sebelah tangga tu dah bilik guru. Diskriminasi betul sekolah rendah wa ni. Alasan diorang senang je. Suruh ikut jauh sebab tak nak bising tu satu hal. Yang wa tak boleh terima akal ni sebab diorang kata nak kuatkan stamina murid-murid. Kepala paip dia.


Wa yang sememangnya sejak azali lagi dah dikurniakan oleh Tuhan dengan perangai yang rebel, nak juga ikut tangga tepi bilik guru walaupun wa ni pengawas sekolah. Kalau kena tahan dengan cikgu yang kebetulan lalu di situ, wa boleh je bagi alasan nak cek kot-kot ada murid yang lalu kat situ. Amacam? Bijak? Of kos bijak.


Shahrulnizam follow saja idea wa. Dia memang macam tu. Sejak dulu lagi iyakan saja. Tapi dia untung. Bapak dia kerja kastam. Selalu wa pergi rumah dia dengan niat nak mintak jersi bola free, kasut bola free hasil rampasan kastam. Itu saja yang paling mewah yang boleh wa fikir masa sekolah rendah. Sebelum anak tangga pertama wa jejak, wa dah siap-siap dengan gaya pengawas berwibawa. Baju biru lengan panjang wa kancing kemas, tali leher wa centerkan. Panas toksah cerita la. Entah siapa la yang buat undang-undang pakai tali leher kat sekolah. Lepas training kompang tengah panas pulak tu. Ingat kat dalam kelas tu ada air-cond ke. Cilaka betul la. Wa ingat nak bawa ke meja parlimen la pasal kes budak sekolah pakai tali leher.



Sampai di tingkat 2, dada wa berdebar. Jangan la bertembung dengan guru besar. Kalau dengan cikgu lain tak apa lagi. Dengan guru besar yang botak tengah tu agak payah. Memang kena tengking saja. Kitorang tak panggil dia guru besar. Kitorg panggil dia Pak. Nama penuhnya Pak Botak. Lepas saja dinding bilik guru, wa hentikan langkah yakin wa. Shahrulnizam punya muka ngam-ngam kena bontot wa. Terus wa kena maki kecil-kecilan sebab wa tak bagi signal suruh berhenti. Ah..bukan salah wa. Dia yang jalan menonong tak tengok depan.


Langkah wa terhenti sebab wa nampak kelibat 2 orang murid sekolah di depan bilik guru sambil berdiri gaya "senang diri" dalam kawad sukan sekolah 2 bulan lepas. Apa hal pula diorang ni. Nak panggil cikgu datang mengajar ke? Setahu wa la.. yang paling happy kalau cikgu tak masuk mengajar memang mereka berdua la. Wa panggil diorang senyap-senyap. Diorang toleh kat wa dan Shahrulnizam. Masing- masing senyum saja. Tak ubah macam kerang busuk. Kalau kerang tak apa lagi. Mungkin kupang atau kepah.


Wa sambung langkah naik ke kelas. Shahrulnizam juga naik ke kelas. Tapi dengan gaya macho sikit. Tangan masuk dalam kocek. Dengan harapan kalau-kalau awek idamannya dalam kelas wa perasan kehadiran dia. Sial gila perangai. Sampai kelas, wa nampak keadaan kelas wa tak sama macam masa mula-mula wa tinggalkan kelas untuk berlatih kompang. Siling kelas wa dah berlubang besar. Serius wa rasa pelik. Macam mana boleh berlubang. Polis datang sebab ada simpan dadah banyak kat atas siling ke. Ataupun kucing terjatuh dari atas siling?


Wa terus duduk di meja. Shahrulnizam duduk sebelah wa. Wa tolehkan kepala ke belakang. Bertanya pada Syukur Gemok dan Zati Azhani. Jawapan diorang senang je...

" Aizat jatuh dari bumbung time kelas B.M(Bahasa Melayu) tadi. Jatuh ngam-ngam kat meja Ummu. Seluar Aizat koyak tersangkut kat kipas. Nasib baik kipas tak tercabut. Dah goyang-goyang dah kipas tu. Kalau kipas tu pun jatuh sekali mesti dah kena kat aku. Tapi kan.. masa Aizat jatuh tu, nampak sepender dia kaler cokelat. Hahahahaha."

Syukur Gemok tahan ketawa sambil mengiyakan cerita Zati tadi.

"Dah tu kenapa Khumaini ikut pergi bilik guru sekali?".. wa tanya Syukur Gemok.

"Khumaini pun ikut panjat bumbung sekali tapi dia tak jatuh. Dia turun ikut stor belakang.".. Syukur Gemok jawab sambil tangan pegang pensel tekan-tekan jenama Pilot Shaker warna biru.



Lepas Khumaini dengan Aizat balik semula ke kelas, terus wa minta diorang story panjang kat wa. Sambil menarik nafas panjang, Khumaini mulakan cerita sambil bersila panggung...

"Aku dengan Aizat panjat bumbung tadi. Ikut lubang siling kat stor belakang tu ha.." sambil muncung nipisnya menghala ke stor belakang kelas.

"Kan kita biasa panjat tapi lepak kat situ je. Tak jalan-jalan kat atas tu. Kitorang ingat nak jalan-jalan kata atas tu. Panas rupanya kat atas tu. Berpeluh-peluh aku kat atas tu. Kitorang ingat nak jalan sampai toilet perempuan kat hujung tu ha. Dah nak sampai hujung dah. Jap lagi aku macam nampak "benda". Aku panggil Aizat. Aku cakap aku nampak "benda". Atas tu kan gelap. nampak samar-samar je. Aku terus pusing nak patah balik.Aizat yang kat depan automatik kat belakang bila dah patah balik. Aku dah nak sampai kat lubang siling tu dah. Dah nak turun dah. Jap lagi aku dengar bunyi kuat kat belakang. Aku toleh tengok Aizat dah takde. nampak terang semacam je kat belakang. Ha... Aizat.. ko sambung pulak."


"Aku salah pijak. Aku ingat aku pijak tulang kayu siling tu. Rupanya aku pijak siling. Apa lagi. Memang sah-sah la aku landing kat meja. Tak tau pulak aku time tu Cikgu Dolah dah masuk. Jatuh ngam-ngam depan dia. Yang budak pempuan siap jerit-jerit. Dah la sakit pasal jatuh. Sakit pulak telinga pasal diorang jerit. Sial betula na nasib harini. Tak cukup pulak tu, ni ha... seluar aku ni... macam mana aku nak cover balik sekolah nanti. Ngam-ngam jatuh kat kipas. Jatuh kat meja Ummu. Jatuh saham aku."



Tak lama lepas tu.. Aizat dengan Khumaini dilucutkan jawatan dari jadi pengawas sekolah. Tapi yang bestnya time tu.. result UPSR kitorang semua 4A. Nama kena panggil masa perhimpunan pasal dapat 4A. Mak wa tengah sapu sampah kat anjung rumah pun senyum dengar nama kena sebut dengan Pak Botak.


-Khumaini sekarang dah jadi bapak budak. Jadi adik ipar Syukur Gemok. Khumaini kahwin dengan adik Syukur Gemok.

-Aizat juga dah kahwin. Belum jadi bapa budak lagi. Kahwin dengan budak kelas wa juga, Azah Aziz yang gila dengan kumpulan KRU tu. Tu pun kalau korang baca siri ni dari Part 1 la.

-Shahrulnizam sampai sekarang masih menagih cinta Zati Azhani. Juga budak kelas wa merangkap awek pujaan hati Shahrulnizam.

-Syukur Gemok belum kahwin. Sama macam wa. Sekarang satu tempat kerja dengan Khumaini. Kecik-kecik member sekelas. Dah besar jadi ipar. Gila rare tu.

-Wa? wa punya hal cerita belakang la bang. Bahaya la cerita sini. Hahaha.


Untuk sekutu-sekutu wa ni, lu orang la member wa dari wa duduk kat Johor Jaya tu sampai la sekarang. Member lain semua dah buat hal sendiri. Susah senang kita, kita sama-sama tahu!

2 comments:

iyan said...

gambar xde ke bam?
gua nak tgk gak muka alif muda2...
hahaha...

jenjibam said...

kalau wa letak gambar muda2 wa.. memang la wa cari pasal. wakakaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...