Saturday

Saya Kini Secara Rasminya Menjadi Pakcik!

Sabtu, 16 May, jam 10.15 pagi.

Henpon wa berdering pagi-pagi buta. Wa tengok skrin...
"Mak"
Maknanya mak wa call. Bukan mak lu atau mak jiran sebelah atau mak saudara wa. Wa ejas suara lebih kurang kasi segar sikit supaya tak kantoi baru bangun tido. Agak dah redi je, wa memulakan perbualan.


"Hello. Assalamualaikum." .. sopan kan wa?

"Waalaikumsalam. Baru bangun ke?"

"Eh.. takde la mak. Tadi dah bangun dah. Baru je tadi."

"Zilah dah selamat bersalin dah. Tak dapat bersalin normal. Kena operation."

"Alhamdulillah. Pukul berapa bersalin?"

"Tengah malam tadi. Lebih kurang pukul 12 macam tu. Laki-laki."

"Semua selamatlah ye. Baguslah macam tu."

"Haah. Kang kejap lagi mak nak pegi hospital lagi ni. Baby normal. Berat 2.93 kilo."

"Ha.. ye la. Kang kemsalam la semua."

"Insyallah. Jaga diri kat sana elok-elok. Belajar rajin-rajin. Jangan asik nak lomo je."

"Ha. Baik."


************

Maka secara rasminya wa menjadi pakcik pada anak lelaki adik wa. Nama baby belum letak lagi. Wa cadang nak suruh letak nama sempena nama wa je. Baru la wa diangkat sebagai hero nanti. Wa cadang nak train anak sedara wa belajar pegang kiu snuker. Boleh la dah besar nanti wa ada kaki nak layan seframe dua.

Dari tadi wa pikir, kang anak sedara wa nak panggil wa apa ha?


Uncle J?

4 comments:

delina said...

uncle j?
wakakakakkakakakaka
memang tak ah.

reza! said...

lu memang line pakcik2..

Panda said...

uncle bam! haha

jenjibam said...

alah.. lu pun pakcik gak reza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...