Wednesday
Nota Tak Berlapik Untuk Encik "Lain Kali Buat Research Dulu"
www.myspace.com/lomolama
* * * * * * * *
Nota yang wa taip guna kaki yang tak seberapa ni wa tujukan khas untuk Pak Encik-Pak Encik yang wa tak nak tahu nama lu orang. Ataupun betapa hebat ilmu fotografi lu orang. Ataupun betapa gahnya lu orang di persada Myspace. Terpanggilnya wa untuk mencoret lebih kurang ayat yang tak berapa reti nak susun dan tak berapa nak berlapik ini adalah kerana merasa sangat kasihan terhadap lu orang.
Janganlah lu orang merasa bodoh sombong walau di mana juga lu orang berada. Rajin-rajinlah bertanya. Malu bertanya, sedap beround. Bak kata cikgu wa masa wa darjah 6 Anggerik dulu. Ringankan sedikit tulang yang mungkin semulajadi berat sejak keluar dari perut ibu lu orang dulu. Itu tak berlapik yang pertama.
Takkanlah lu orang main kamera apa lancau tu semua, tak tahu apa itu LOMOGRAPHY? Bebal masih terserlah di kepala hotak lu orang yang mungkin tengah berdenyut-denyut kalau terbaca nota wa ni. Itupun kalau bacalah. Kalau tak baca, mungkin bebalnya bertambah-tambah dan boleh diubat dengan azankan kat telinga lu orang. Itu tak berlapik yang kedua.
Kata-kata seorang photographer digital hebat terus menjelma kat kepala hotak wa ni. Katanya.. "Seni fotografi ni sekarang dah dirompak, dilacur, dijaja oleh mereka-mereka yang ye-ye kelapa mengaku mereka photographer untuk kamera digital." Angle, composition semua dalam tangan mereka. Tapi wa tahu yang photographer hebat ni pun tahu apa itu LOMOGRAPHY. Kenapa dia tahu? Kenapa yang lain tahu? Kenapa makcik kantin tahu? Kenapa peguam tahu? Kenapa tukang kutip bola tahu? Kenapa penyokong bolsepak M.U, Arsenal, Liverpool, Chelsea tahu? Yang paling kecil, budak sekolah pun tahu? Sebab mereka kaji. Mereka mencuba untuk mendapatkan maklumat apa itu LOMOGRAPHY. Lu orang je yang tak pernah buat macam tu wa rasa. Akal tu jangan simpan dekat telur la dol... lama-lama boleh kepam lu orang tahu? Itu tak berlapik yang ketiga.
Wa bukanlah tujukan nota asal ada wa ni untuk semua kaki-kaki kamera digital di luar sana. Siapa yang makan cili, dialah yang beruk. Macam cerita kartun kat RTM2 dulu-dulu. Jangan monyet..jangan.. tapi monyet degil. Nak makan jugak cili tu. Ha.. ambik! Telinga berdesing menahan. Menahan apa..tu lu orang boleh fikir. Kalau tak boleh nak fikir juga, mari sini wa azankan betul-betul direct kat ubun-ubun lu. Itu tak berlapik yang keempat.
Ada 768 lagi alasan konkrit untuk wa bagi kata-kata tak berlapik pada lu orang. Tapi wa malas. Jenis bangsa macam lu ni, wa tak rasa lu orang boleh ubah pendirian lu ni. Kawan jangan, lawan pun jangan. Ha.. lu orang duduk kat tengah-tengah. Terapung-apung macam mangkuk tingkat kat angkasa lepas yang Syeikh Muzaffar bawak dari bumi masa beliau naik ke angkasa dulu.
LOMO ON!!
Sekian, terima kasut!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
lomo on :D
Lomo best wooo.
Tak kisah apa pun, sendiri punya interest. Janji best.
:P
Post a Comment