Sunday

Abang Polis Dan Televisyen Rumah Saya.

Abang Polis tekan butang "play" pada remote control DVD player rumah wa. Katanya datang rumah wa nak sambung tengok DVD yang tak habis semalam. Skrin TV mula menayangkan cerita God Must Be Crazy 3. Sambil baring melayan Mae, mata tetap tak lepas pandang ke tv. Wa dan DellaOhBella menyiapkan kerja-kerja mengupgrade blog bisnes runcit yang akan dibuka tak lama lagi.

Belum pun sampai part kelakar dalam cerita tu, tiba-tiba TV termati dengan sendirinya. Masing-masing senyap. Kejap pandang TV, kejap pandang masing-masing sesama sendiri. "Apahal we?" tanya wa. "Ntah ar.. short kot. Tak pasal-pasal mati sendiri." sahut Abang Polis. Serentak dengan itu, kedengaran bunyi litar pintas dari fius berdekatan TV brand Singer zaman tentera bergajah yang bunyi lebih kuat pada bunyi bass saja. "Lu tutup plug dulu we. Kalau takut, guna kayu tu ha." pesan wa dari meja sambil tunjuk ke arah sudip kayu sebelah TV. Sudip kayu tu saja wa biar tepi TV. Wa guna untuk tune gitar wa yang tali dah tak berapa nak champion. Siapa yang nak belajar tune gitar guna sudip, datang rumah wa, wa ajar.

Abang Polis macam gelabah saja bila wa suruh tutup plug karen TV tu. "Lu ni dah kenapa we?" tanya wa sambil nyala Surya kesayangan wa. Dengan harapan nyamuk-nyamuk bandar yang dari tadi macam ada niat nak hisap darah wa, pergi main jauh-jauh. "Wa takut kena karen je ni." Abang Polis sengih-sengih paksa. "Kayu tu kan penebat. Takdenye lu nak kena karen. Kalau kena jugak, malam ni jugak wa talipon TV3 datang buat liputan. Mintak masuk Buletin 1.30." jawab wa lagak seperti pernah ambil kursus kejuruteraan elektrik.

Ngam-ngam Abang Polis nak tutup plug, wa sergah. Mengeletat sampai mengucap sekejap. Badan saja besar. Takut mati rupanya. Wa bangun dari meja. Nak tengok mana la tau kot-kot fius terbakar ke hape ke. Wa on kan balik semua plug. Ada bunyi bzzzz..bzzzz... (sebutannya bukan busy ya adik-adik). Wa tengok DVD player punya lampu menyala. Lampu menyala tandanya? Hari dah malam la. Haha. Lampu menyala tandanya tak short apa pun. Tapi TV pulak yang tak hidup. Sah terbakar ni plugnya. Wa off kan semula plug. Wa duduk di tempat asal kembali.

Selang seminit, wa suruh Abang Polis on kan semula. "We.. lu try on plug balik. Tengok cemane wa nak tunjuk ni." Abang Polis tak cakap banyak. Bangun terus on plug.

"Lu dah on?" tanya wa.
"Dah..."
"Konpom lu dah ON PLUG?" tanya wa lagi sekali.
"Dah.. dah ON PLUG!! Lepas tu?" Abang Polis balas.

Lepas hembus belen-belen asap dalam rongga badan....


"Lepas ON PLUG, lu hantar ke 32999!" jawab wa sambil tepuk meja.

Abang Polis letak sudip, satu ayat je keluar dari mulut dia..
"Pantaaaaattttttt !!!!!"

5 comments:

reza! said...

hantar ke DAPAT pun cun gak,
wakakakaka...

delina said...

terkena abang poliss
terkenaaa!!

mim said...

abang terkena~

arip said...

hahaha
tiger kena
wa kena bebbb

Tiger_fi said...

Ngee... Cilakak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...