Saturday

Ape Kabo Diamonddress?




Masa mula-mula band hadko siam yang berkampung di Pasir Gudang jadi betul-betul band, mamat, mamat, mamat, mamat, dan mamat ni serta gua, yang jadi tulang belakang. Masa tu semua tengah masyuk dalam arena persatuan hadko-hadko cawangan Pasir Gudang. Semua yang dalam band hadko siam ni study kat IPTA/IPTS masa tengah mula-mula nak start. Ada juga yang hisap dadah masa ni. 2006 rasanya.

Gua masa mula-mula join band ni, baru je lepas habis kontrak main band untuk kenduri kahwin. Lepas je tamat kontrak, terus diorang jumpa gua, buat meeting. Masa tu gua layan lagu-lagu macam tu sikit-sikit. Lain-lain gua into sama lagu-lagu rock kapak, retro-retro, ghazal sikit-sikit. Nak layan safel, belum trend sangat kat Malaysia masa tu. Jadi, gua lupakan niat nak safel. Ada juga gua cadangkan kat diorang, bawak lagu cover dari penyanyi Wann tu ha. Lagu Bosanova. Tapi tukar tune sikit pegi hadko. Terus kena azan gua masa tu dengan Amad.

Tak lama lepas tu, ada satu jemputan main gig betul-betul kat depan Plaza Seni, JB. Masa tu tak silap gua, Padil Muzikbox invite. First time main depan orang ramai, memang gemuruh habis. Senggugut, gigil semua datang. Tune lari, beat lari sampai tak boleh nak kejar dia punya pergi.


Sesi bergambar untuk majalah Maskulin lepas main gig kat Plaza Seni.
Comel kan gua berbaju pink?



Payment memang tak dapat la. Masa tu memang tak kira payment apa semua, janji dapat main gig. Macam mana band-band hadko kat Malaysia ni nak naik kalau payment pun tak dapat? Paling kuat yang Diamonddress pernah dapat, RM60 tak silap. Tu pun J:80000 HC kasi. Lepas tu, gua tak ingat sangat organizer mana yang kasi RM20. Lupa la. Banyak sangat main gig. Tak ingat dah. Haha. Apa-apa pun, terima kasih.

Gig kedua pula di Dataran Bandaraya, JB. Gila besar gig ni. Gig anti dadah. Tapi gua sikit konpius la masa ni. Pasal apa diorang invite gua sekali padahal masa ni gua tengah sedap dalam scene dadah. Masa ni pun senggugut juga. Habis drumstick gua terpelanting. Nasib baik tukang rekod video tengah tak fokus kamera kat gua. Kalau tak, menjawab gua dengan Mike Portnoy. Kerusi drummer punya la tak ergonomik. Kerusi plastik siap ada tempat sandar serupa macam kerusi kat bangsal kenduri kahwin.
Cilakak.






Fakta: Band ini merupakan band yang paling lama di dunia untuk menghabiskan recording album mereka. Dari 2006, sampai sekarang tak siap-siap.

4 comments:

iyan said...

gua saje kaver line lu...
bukan gua tak tahu stick lu tercampak...
hahaha...

Celestial Being said...

wah .. ko ade band ke ?? cayalah .. idop jb ! dari pg lak tuh .. bangge haku ~

c!k baBy said...

aku da merindui diamondress dow.

saya.L-A-N-N said...

gila rockstar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...