Monday
Konsert Penghargaan Ditaja Oleh Selkom.
*****
Kesimpulan sepanjang Konsert Search:
- Banyak betul rockers-rockers yang datang semalam. Gua dah rasa macam tersisih je pasal gua pakai biasa-biasa saja. Ramai juga yang datang pakai seluar DIY hasil curi kain PVC seat bas tambang. Rambut gerondong pun ramai juga.
-Sempat juga gua sambar satu dua barang untuk kenang-kenangan. Penuh beg gua dengan kiriman dari kampung. Iye la, orang kampung mau tarik muka kalau gua sampai raya tahun depan kalau gua tak tolong belikan.
- Air 100 Plus botol besar yang dijual di booth Cheng Ho gila mahal. RM15. Last-last gua dan geng beli air mineral jek. Jimat sikit duit. Gua dah agak mesti jual mahal pasal air dengan makan tak boleh bawak masuk.
- Selamba je gua seal kamera dalam beg walaupun tak boleh bawak masuk kamera. Eleh, ingat ketat sangat sekuriti. Baru sembunyikan sikit dah tak dapat cari.
- Ada pulak cabutan bertuah. Ingat family day ke hape? Cilaka. Dah la gua tak menang apa-apa.
- Search lewat sejam. Menyirap gua. Urat-urat belakang lutut gua dah naik tegang berdiri tanpa eksesais apa-apa.
- Masuk lagu kedua, sound system pulak buat hal. Tiba-tiba takde sound. Senyap. Makin gua panas. Gua rasa masa Amy pergi belakang masa tu, dia pukul siapa-siapa saja yang bertugas jaga sound malam tu.
- Lagi sekali terbukti sound macam lahanat. Masa Kid mucul dalam gelap, berdiri betul-betul depan gua, tengah nak solo lagu Isabella, sound gitar dia pulak tak dengar. Tapi Kid tenang saja. Sama betul gaya dia gentel masa Juara Lagu Muzik-Muzik dulu.
- Gua sedikit rasa tak best malam tu. Lagu-lagu yang Search bawak kebanyakan yang bukan killer song. Penat gua tunggu lagu best-best keluar. Tapi hampa.
- Gua dah tak rasa macam konsert rock dah. Macam konsert free yang TV3 selalu buat tiap-tiap tahun pun ada. Dengan batang plastik Selkom yang bola ketuk ada keluar bunyi tu dibagi free kat semua orang. Hilang dah rasa konsert tu. Cilaka punya Selkom.
- Lepas ni sumpah gua tak jejak dah mana-mana konsert yang Selkom sponsor. Sponsor speaker macam cilaka. Studio jamming lagi sedap dia punya setting. Mana punya sound engineer entah Selkom ambik.
- Hati gua terubat bila Kid muncul dari pertengahan konsert sampai habis. Memang handred persen gua dapat Kid punya feel. Best betul.
Lenkali Search buat konsert, tak payah nak mintak sponsor Selkom. Jangan kata gua, rockers lain pun gua ingat mahu pikir 2-3 kali nak beli tiket ke, nak buat makan tengahari dengan duit yang ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
sampai harini kaki sakit sakit lagi demmm
hillary la mcm gampang!takda pon takpa!
yg penting defen kite power
wakakak
kenapa aku xjumpa kau bam?
aku punada kat kandang kuda!
hehe
selamat duit gua
moqh
seb baik tak p Bam! hak3. btw gmbr last tu skali mcm Aru. tol ka? ke salah pandangan aku tu?
Post a Comment