Sunday

Ujian Rumah No.17

Jam 3-4 pagi kebiasaannya memang time gua segar bugar. Majoriti budak-budak rumah no.17 semua macam tu juga. Ada yang online, ada yang bergayut tak tentu hala talipon awek sambil bersidai di luar pagar. Kalau talipon keluarga kan lebih elok. Ada juga yang melayan Astro Ria. Tak habis-habis repeat Akademi Fantasia. Entah apa yang syok entah tengok cerita macam tu. Kan ke elok tukar channel ke Astro Oasis.

Tapi hari ni lain sikit suasana rumah gua. Tak macam hari-hari, macam pusat karaoke pun ada, pusat snuker pun ada. Hari ni rumah gua lebih ke arah asrama sekolah teknik. Senyap semacam. Memandangkan yang lain semua merayap entah ke mana malam minggu ni. Peluang untuk job kutu rayau memang terbuka luas untuk diorang. Tinggal gua dengan Rahmat saja di rumah 2 tingkat ni. Gua macam biasa, dalam bilik hadko cuba mendapatkan kembali chip poker gua yang dah kena kokot lebih kurang 200,000 di Facebook. Rahmat baring-baring di bilik sebelah selepas mem"bob-marley"kan diri.

Tengah sedap tarik chip, gua dengar pintu rumah diketuk sekali. Lepas tu gua dengar bunyi pintu rumah dibuka. Mengkeriut semacam. Maklumlah, pintu rumah tak berapa nak cantik dia punya bahan mentah. Entah kayu kilang papan mana kontraktor kebas. Cuma nampak lawa sikit sebab ada kaca-kaca yang ditambah untuk kasi sedap mata memandang.

Lepas tu gua dengar pulak bunyi kerusi depan TV barai hakmilik pihak hostel ditarik. Mengkeriut juga. Gua syak kerusi tu guna kayu sambung. Kalau Mael Bos jerit je pun boleh patah. Belum lagi karate tu.

Gua pergi bilik sebelah untuk mendapatkan kepastian Rahmat.
"Mat, sape yang balik Mat?".. tanya gua. Sikit cuak.
"Entah. Aku dengo bunyik orang bukak pintu tadi. Pastu macam ada bunyi kerusi" sahut Rahmat dalam stim.
Champaiyon jugak lu Mat. Dah 6 dapur pun boleh catch up lagi bunyi-bunyi sekeliling.

Rahmat macam paham hasrat hati gua. Dengan bangun tak cukup beat, Rahmat follow gua turun tangga. Pagar tutup, pintu pun kunci. Kerusi dalam keadaan pegun seperti sebelum gua naik atas tadi. Gua pandang Rahmat, Rahmat pandang gua sambil senyum. Senyum-senyum takut la tu.


Gua tepuk bahu Rahmat...
" 'Dia' nak bergurau la tu Mat..tau kita tinggal dua orang je kat rumah harini.."

7 comments:

fatah85 said...

antu minat L0M0.
sebabtu cari kau. hahaha.

delina said...

eeeeii ada hantuuu

reza! said...

malam jumaat ni baca yasin ramai2,
insyaAllah..

dellia said...

jeng jeng jeng... pasni bunyi guli plak.. eheh..

jenjibam said...

reza:
nak baca yasin malam bila2 pun boleh. siang pun boleh. bukan malam jumaat jek.

Jane Nab said...

yihhh~ seram!

LANN said...

bam lain kali "dia" datang lagi. readykan pulut kunyit, ayam panggang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...