Majoriti budak rumah gua sekarang ni berlumba-lumba nak jaga badan. Entah pengaruh fotosintesis mana entah sudah kasi kacau jiwa budak-budak rumah gua. Agaknya sebab rancangan The Biggest Loser kat siaran omputih tu rasanya yang membuatkan semangat mereka ni membuak-buak.
Yang pergi gimnasium karate besi satu hal. Yang beli supplement mau kasi protein lebih juga satu hal. Yang jogging tiap-tiap petang tak kira hujan panas juga satu hal. Yang mana kaki stone, memang takde hal.
Alat penimbang berat IKEA kat rumah no.17 memang dah jadi harta utama dalam rumah tu. Lepas makan timbang, lepas jogging timbang, bangun tidur timbang, yang paling best, timbang sebelum berak dan selepas berak. Gua saspek berat tahi ada jejak 2 kilo sampai sibuk nak timbang lepas berak.
Lepas satu sesi menimbang berat di kalangan kaki pukul rumah no.17, ternyata gua hepi sikit. Turun 6 kilo. Target gua nak kasi turun 20 kilo. Baru boleh shuffle. Berat gua adalah ke-3 terberat dalam rumah no.17 tu.
Pasal apa gua tak dapat nombor 10, atau nombor 9? Pasal yang nombor last-last tu semua jenis bangsa main bass guna rangka paru-paru. Mail seken berat. Champion berat dalam rumah gua memang disandang dari awal tahun tanpa kalah dan tanpa malu, Botak atau lebih dikenali dengan nama manja Roy di kalangan gadis-gadis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
gua da agak kurang percaya dengan status berat badan lu....
lu jeles~
wa cam xpercaya ape yg wa baca..
dh turun berat bdn??
*gosok2 mata*
Post a Comment