Wednesday

Azam? Bukan. Tapi Cita-Cita!

Tahun depan bakal menjadi sejarah dalam hidup gua. Apa yang gua hajati selama ini bakal termakbul. Semoga apa yang gua hajatkan, kekal sampai bila-bila. Musim perabis duit sudah, musim berjimba juga sudah, musim menuai juga sudah, musim mengawan.. gua tak sure dah habis ke belum.

Bukan gua nak cerita pasal kahwin. Itu fasa yang ke belas-belas selepas fasa yang gua impikan ni. Kelana Jaya bakal menjadi tapak untuk gua mengorak langkah dengan lebih jauh. Bukan untuk setahun dua, tapi hingga gua boleh senyum pada mereka yang dulunya mengejek, mengutuk, mencaci gua.

Eh, mana budak-budak sekolah gua yang belajar tinggi-tinggi tu semua? Mana yang dari dulu sampai asyik nak sembang lebat, asyik nak sembang macam cendikiawan tu? Dengar cerita dah pakai BMW? Ceh!

Kawan-kawan semua jangan risau, selagi lu orang support gua sampai sukses, selagi tu gua tak lupa jasa lu orang. Gua boleh ingat nama sorang-sorang. Nak listkan, gua malas. Panjang sangat nanti. Cukup lu orang tau siapa lu orang okeh.

Kedai di Kelana Mall sudah lama gua ushar. Macam sangat molek saja port di situ. Pada peniaga lain, gua bukan nak potong jalan. Kita sama-sama cari makan. Ada rezeki, kita sama-sama kongsi. Jadi kaum yang saling membantu, bukan menyantau.

Macam sial susunan ayat gua kali nih.

3 comments:

ahleng ariKen said...

tahniah bam...tahniah :D
moga makin murah rezeki... :D

Zulaikha Zulkifli said...

Selamat. Kawan ajak dengan orang orang kampung kawan sekali turun membeli kelak. =)

delina said...

semoga sukses bebeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...