Thursday

Blue Key, Omega dan Hari Puja Umur

Adat teman-teman kawan, kalau hari puja umur menjelang, mesti telur dan tepung menjadi mangsa pembaziran diorang. Kawan pun dua kali lima dengan diorang. Perkara macam tu dah jadi macam tradisi turun temurun. Dia punya pattern lebih kurang macam tradisi hari raya juga. Mesti ada dodol dan ketupat. Kalau tak ada, tak sah.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, macam banyak pula hari puja umur berlangsung di kediaman kawan. Kawan punya hari puja umur saja, 3 kampit tepung gandum berjenama hebat yang digunakan oleh chef-chef terkemuka Malaysia selesai begitu sahaja. Itu kalau kasi kat mak kawan, cukup stok 2 minggu mak kawan bancuh jadi lempeng.

Telur pula 2-3 papan. Banyak betul telur ayam hormon sekarang ni. Musim ayam mengawan rasanya tahun ni. Harga pasaran siling bagi telur ayam kawan memang tak tau. Tapi kawan rasa harga siling dia, kawan mampu milik. Kalau mak kawan, mesti mak kawan buat telur masak kicap. Mak kawan kalau masak telur masak kicap, memang kawan tunjuk ibu jari. Dia punya sedap, sampai kawan tak sedar 3-4 biji sekali kawan hadap.

Baru-baru ni, teman istimewa kawan, Delina punya hari puja umur berlangsung dengan gagal. Skuad pengebom kali ni punya plan kelam kabut. Kawan rasa sebab baru balik dari perang pada hari puja umur kawan seminggu sebelum tu. Masing-masing penat mungkin. Telur yang berbiji-biji dan tepung gandum dua paket, masih lagi selamat dalam bentuk asal. Lepas 3 hari terbiar di meja makan rumah kawan, Akhirnya tepung dan telur tu selamat kawan buat lempeng.


p/s: Eh, sedap juga layan lempeng petang-petang time musim hujan ni kan. Kena pulak cicah dengan gula atau susu pekat. Nak lagi sedap, buat sambal ketuk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...