Sunday

Victor Chin

Masa kawan di KLPAC siang tadi untuk event "Look! I'm Positively Creative", ada sorang cina tua yang approach geng-geng Lomokids bertanyakan hal-hal kamera analog dan lomography. Masa tu ramai geng-geng teman pulang awal kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.

Kawan rasa, cina tua tu la yang paling lama stay di booth Lomokids untuk bual bicara tentang kamera analog. Banyak soalan yang dia tanya pada kawan dan teman-teman kawan. Dia tanya dalam Bahasa Inggeris. Maka banyaklah yang teman-teman kawan tolong jawabkan oleh kerana teman kurang lancar berbahasa Inggeris. Kalau Jawa, Insya-Allah.

Dari air muka cina tua tu, kawan dapat baca yang dia ada satu minat yang mendalam tentang fotografi. Dalam mana, tak sure pulak kawan. Sambil dia melayan kawan sembang, sambil dia melayan anak laki-laki dia yang berumur sekitar 6 atau 7 tahun yang asyik bermain dengan robot. Keletah budak cina tu boleh tahan hebat.

Cina tua tu cuba memancing anak dia dengan kamera yang kawan jual. "Main robot tak best. Main kamera best." Macam tu la lebih kurang ayatnya. Dalam 10 minit, budak cina tu dapat 'pow' mak dia untuk beli sebiji kamera analog yang berharga RM100.00. Kawan sedekahkan satu roll filem negatif expired pada budak cina tu untuk first learning dia menggunakan kamera analog.

Lepas kawan ajar basic cara-cara nak ambil gambar menggunakan kamera analog, budak cina tu gerak dari KLPAC untuk ke destinasi yang kawan pun tak tahu ke mana. Apa hal kawan nak ambik tau?

Pulang ke rumah, teman kawan bagitau, cina tua tu bukan calang-calang orang sebenarnya. Cina tua yang lepak sama teman-teman kawan tu bukan 'zero' dalam fotografi. Bukan baru nak belajar tentang lensa kamera. Dia otai. Nak tau cina tua tu siapa? Klik sini.


p/s: dia ada mintak nombor telefon kawan siang tadi. agak-agak, dia minat tak nak tengok konsert Search dan Wings?

3 comments:

ahleng ariKen said...

search?wings...
pergh..satu Malaysia la beliau kalo gtu

delina said...

photography dia gila deep. semua tags life, death.

Nizam said...

lets go!repeat balik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...