Thursday

Cerita Dulu-Dulu: 2001


Masa ni kawan di tingkatan 5. Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Sekolah yang kawan pilih bukan sebab kehendak kawan sendiri. Pilihan sekolah ni lebih pada ikut-ikut teman seperjuangan. Diorang apply itu, kawan ikut. Diorang apply ini, kawan ikut juga. Hujung-hujung SPM cukup makan.

Gambar jahanam ni diambil masa majlis "Malam Perpisahan". Masa ni la pun semua sibuk nak semat-semat. Bukan nak tayang kat sapa pun. Tapi dah tema malam tu cenggitu. Formal. Seminggu sebelum malam tu, masing-masing sibuk cari kemeja, kot, kasut kilat dan minyak rambut Tancho. Masa tinggal kat asrama ni memang kuat betul pengaruh Skinhead dan Oi!. Masing-masing kalau boleh nak dress up ska habis. Cilaka. Ingat hensem?

Kawan memang takde pikir panjang la. Balik rumah masa hari minggu, bongkar gerobok bos kawan. Jumpa sehelai kemeja lengan panjang warna hijau gelap elok dalam lipatan. Memang kawan tak bukak kemeja tu. Ambik terus masukkan dalam beg. Hati sudah gembira. Baju kemeja kawan dah dapat. Sebelum balik semula ke hostel, kawan tidur di rumah sambil tangan letak atas dahi. Senyum. Berangan pikir kejadian yang bakal berlaku masa malam perpisahan tu. Market..market..

Balik semula ke hostel, kawan lincah bukak beg. Nak simpan kemeja pinjam tanpa izin tu dulu. Paling tak pun teman-teman satu dorm ushar panas pasal kawan dah stenbai awal-awal. Cokelat dari kakak-kakak angkat konpom bersepah la nanti. Kawan bukak lipatan kemeja pelan-pelan. Senyuman bertukar kelat. Kawan tepuk dahi laju-laju. Dahi teman-teman pun kawan tepuk juga tanpa sebab. Sah kawan salah sauk ni. Teman-teman satu dorm semua dah "fuyo-fuyo" kat kawan. Apa barang malam perpisahan pakai kemeja batik! Tak terkesima la awek-awek yang selalu kawan ushar sejak tahun lepas. Sedikit demi sedikit bayangan cokelat kedberi yang besar tu hilang dari pandangan. Coki-Coki pun sayup-sayup jek.

Sudahnya, malam perpisahan hostel pakaian kawan paling asal ada. Kemeja batik, seluar baggy, kasut Adidas Superstar putih. Rasa macam nak join geng-geng hip-hop kontemporari pun ada. Cokelat kawan tetap dapat. Awek-awek tetap nak ambik gambar dengan kawan. Tapi dengan syarat gambar sampai paras pinggang je. Cilaka.


p/s: Kamera teman kawan ni mesti salah setting tarikh. Tahun 1994 tu kawan baru darjah 4.

3 comments:

Nizam said...

hahaha.memori abis!

saya.L-A-N-N said...

awat muka lu blur?

seluar kerat setengah said...

walaupun baju kau "bersinar" tapi kau tetap cool...rupenye kau jiran sekolah aku..aku dulu sekolah tasek(sekolah jahanam)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...