Saturday

Angkara Siapa?

Kawan kini dah tak tinggal di rumah no.17. Kawan dah pindah rumah. Sekali dengan geng-geng rumah no.17. Hidup kawan dan teman-teman serumah seperti biasa. Siang tidur, malam berjaga. Seperti biasa kan? Rutin harian yang tidak banyak beza dari segi zahir. Dari segi batin juga tak banyak berubah. Makan minum terjaga. Maklumlah, majoriti teman serumah terdiri dari bakal-bakal chef. Chef celah mana, itu kawan tak campur. Besok-besok diorang dah habis belajar, pandai-pandai la apply mana-mana hotel atau restoran.

Seperti biasa, kawan dengan gaya seorang penganggur; berkain pelikat, bertshirt kolar bulat dan bersanggul di rambut menjalankan rutin yang akan dibuat seminggu sekali, melipat kain baju sambil menonton televisyen. Cerita-cerita yang disuapkan dari Astro memang tak kena dengan citarasa kawan malam tu. Tak habis-habis dengan ulangan cerita yang sama. Bayar mahal, tengok cerita yang dah tengok 3-4 kali. Ikut hati nak je kawan potong wayar Astro ni.

Tangan lincah melipat kain baju, mata menghadap televisyen yang menghidangkan cerita Transporter 3 di saluran HBO (HarihariBosanOk!) sambil sekali sekala mereply SMS dari makwe yang kerap membuat aduan pada kawan tentang masalah masakini. Lebih-lebih lagi tentang masalah broadband Celcomnya yang macam setan dia punya coverage sekarang ni. Kawan sebagai hero dan penyelamat makwe kawan, sentiasa ada jalan penyelesaian.

Takpe, itu belakang cerita. Cerita sekarang ni, siapa la rajin sangat nak hantar belalang warna cokelat yang panjang tu ke rumah kawan? Potong stim tau tak! Tengah sedap layan lipat baju, dah satu kerja kawan nak cabut kepala belalang. Cabut-cabut, keluar rambut! Rambut siapa? Nak je kawan bawak pergi forensik untuk buat DNA test. kang banyak kerja pulak.

Cukup-cukup la perangai iri hati, sakit hati, hasad dengki, racism, tamak haloba, munafik dan sebagainya tu. Kita hidup di muka bumi Tuhan ni tak lama. Tak esok, kejap lagi pun boleh mati kalau Tuhan nak cabut nyawa. Dari sibuk hantar pelesit ke rumah kawan, lagi elok hantar pizza mozarela ke, cekedis ke. Lagi besar pahala.


p/s: Kucing kawan ada hobi baru. Tangkap belalang sambil ketawa.

4 comments:

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

ada saja kecelakaan.

LANN said...

Kawan sebagai hero dan penyelamat makwe kawan, sentiasa ada jalan penyelesaian. -> ini ayat siyes bikin gua gelak.

ira zaki said...

huuu scary..
aku doakan ko dan makwe (del bebeh) dijauhkan segala kejahatan buatan org k.. korg org baik2.. tak patut dihasad dengkikan..tak baik tauu diorg ni..

ripsta said...

dalam dunia yg serba moden dan canggih manggih ni ade juge org sanggup buat bende tak elok ni....
ish ish ish....mike sabo la..nenanti sooner or later ( cakap omputih plak teman )dapat la tau nanti sapa buat...sabo chor....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...