Monday

Kisah Pelajar Semester Satu Tahun Pertama Ijazah Pengurusan Jenazah Universiti Swasta.

Kelas pertama kawan pukul 8.30 pagi. Seawal jam 7.30 pagi kawan dah bangun. Kira champaiyon la antara budak-budak rumah hari ni. Lain-lain masih lagi berselimut mimpi. Tak tau la mimpi ngeri ke, mimpi jumpa bidadari ke, mimpi basah ke.. kawan tak ambik port. Subuh kawan macam biasa... "terlajak". Ehe...

Sebagai seorang Melayu, datang tak tepat masa itu sesuatu yang perlu. Kelas bermula jam 8.3o pagi dan kawan masuk ke kelas hampir jam 9.00 pagi rasanya. Awak tau macam mana rasanya masuk kelas pertama lepas tu tak kenal siapa-siapa dalam kelas? Rasa macam masa darjah satu dulu. Takpun masa pindah sekolah, lepas tu masuk kelas pertama kat sekolah baru. Gila gore!

Dengan berbekalkan sehelai kertas kajang dan sebatang pen dakwat basah warna hitam, kawan melangkah gagah masuk ke kelas pertama kawan. Bukak pintu je, lecturer tengah sedap mengajar dengan bantuan projektor dan slide yang agak menyakitkan mata. Kenapa mesti slide presentation nak warna-warni bagai? Pening tau tak! Lain kali cuba biar background slide tu warna putih je. Lepas tu tulisan hitam. Tak la kawan ni sakit mata.

Misi untuk duduk sorang-sorang di barisan paling belakang, berjaya kawan selesaikan. Penuh gila student yang sama kelas dengan kawan. Mendung-mendung je pulak tu. Bau minyak zaitun berselang seli dengan bau minyak rambut Zam-Zam. Lecturer ok, student ok. Yang tak ok nya, kenapa mesti kelas pertama kau dah buat kuiz ha!!!!!!

1 comment:

LS said...

Kuiz je pun! Buatla kesatuan perkongsian jawapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...