Sunday

Pendapat peribadi gua tentang kamera analog dan digital.


Ada yang tanya kat gua, kenapa gua still guna kamera analog? Kan bersepah kamera digital sekarang ni. Tak payah membazir duit nak beli filem, nak develop filem, nak cuci gambar apa jadah semua tu.

Pada gua, kamera analog dan digital masing-masing ada dia punya nilai estetika yang tersendiri. Pada gua, kamera analog ialah kamera yang asas untuk belajar mengambil gambar. Keluar duit untuk beli filem itu sesuatu yang berbaloi jika kita "cermat" menggunakannya. Bila rasa duit tu keluar, lama kelamaan kita akan rasa lebih berjimat-cermat untuk menggunakan filem tersebut. Jadinya, setiap gambar yang terhasil dari filem akan lebih bernilai pada pengguna kamera analog. Setiap keping gambar akan ada ceritanya yang tersendiri tanpa mengira bagaimana rupa gambar tersebut.

Pada pendapat gua, kamera digital juga perlu untuk masa sekarang ni. Takkan lu nak ambik gambar orang kawin guna kamera filem? Kalau gambar banyak yang tak berapa nak jadi, tak mengamuk pasangan pengantin? Untuk kerja-kerja seumpama itu, pada gua kamera filem atau analog ni sudah tak relevan lagi. Kalau gambar tak berapa nak ngam, boleh delete time tu jugak. Lebih mudah dan pantas. Ditambah proses editing yang sesedap rasa, sesuatu gambar boleh menjadi lebih sedap dari yang biasa-biasa saja.

Tapi, kamera analog lebih menjadi pilihan gua oleh sebab yang satu ni; gua takde feel nak main kamera digital. Kamera filem buat gua teruja sebab gua tak tau hasil dia macam mana bila dah develop nanti. Kamera digital bukanlah tak bagus. Kamera digital juga bagus. Macam yang gua kata kejap tadi, masing-masing ada dia punya nilai estetika yang tersendiri. Gua juga suka tengok gambar-gambar yang terhasil dari kamera digital. Ramai kawan-kawan gua dan kenalan-kenalan gua berkecimpung dalam arena fotografi ni. Tak kira yang analog atau digital.

Cuma kalau gua perhati halus-halus, kamera digital ada hilang sedikit penghargaan pada gambar yang diambil. Sebab bila dah petik, gambar tak sedap, maka gambar yang tak sedap tu akan didelete begitu sahaja tanpa perlu fikir setiap inci gambar itu ada ceritanya. Pada gua, tiap-tiap gambar samada yang kabur, jelas, jitu mahupun barai, semua ada nilai masing-masing. Tapi jangan salah faham. Gua kagum dengan hasil-hasil fotografi digital dari anak-anak tempatan. Banyak yang sedap-sedap di mata gua.

Bukan tuju untuk sapa-sapa pun, gua cuma melahirkan pendapat saja. Yang main kamera tu, jangan tendang gua bila jumpa nanti. Bukan apa, ramai sangat tanya gua.. haha.


p/s: nilai estetika - gua tak tau maksud dia. tapi gua rasa perkataan tu sedap.

5 comments:

omawrozduan said...

aku suka dua-dua.
hehe

Anonymous said...

gunalah filem sebelum ia p u p u s

Anonymous said...

nilai estetika: etika di meja makan. eh? hahah!

ripsta said...

setuju beno ngan pendapat hang bam

p/s : estetika tu tak sama macam seterika ke? ke lain? hahah

Unknown said...

Gua suka perkataan nilai estetika, rasa cool!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...