Monday

Haji Rhoma Irama

Julian Balia - guru kesayangan kami semua.

"Para pelopor, sebelum kita tutup kelas hari ini, pekikkan kata-kata yang memberimu inspirasi."
Sambil menunjuk ke arah pelopor, Julian memanggil Maaruf untuk memberikan kata-kata inspirasi.

"Bila mata dibiar oleh mata, maka dunia akan buta. - Mahatma Ghandi" ujar Maaruf dengan gaya agak konfiden.

"I shall return - Jeneral Douglas MacArthur" ujar Ahmad. Ahmad memilih untuk spiking orang putih. Baru la nampak "up" sikit.

Zakiah Nurmala, makwe paling cantik dalam sekolah punya turn pula. "Kau muda, yang diperlukan adalah orang orang yang mampu memimpikan sesuatu yang tak pernah diimpikan siapa pun. - John F. Kennedy" ucap Zakiah Nurmala agak panjang sambil kontrol ayu.

Sambil ushar Zakiah Nurmala, Arai senyum kerek dan mengangkat tangan untuk mengucapkan kata-kata inspirasi. Arai nak jugak tunjuk depan Zakiah Nurmala bahawa dia juga hebat, art, dan juga "cool". Sambil menjeling-menjeling Zakiah Nurmala, Arai mengatakan, "Tidak semua dapat dihitung, diperhitungkan. Dan tidak semua yang diperhitungkan dapat dihitung. - Albert Enstein". Tu dia.. Arai pun tak nak kalah... Cilakak betul perangai kalau nak up depan makwe ni.

Sampai turn Ikal, seorang remaja berambut kerinting stailo pula memekikkan kata-kata inspirasi. "Masa muda, masa yang berapi-api. - Haji Rhoma Irama.", ujar Ikal dengan konfiden betul. Muka pulak serius siap dahi berkerut. Macam gampang perangai.






2 comments:

Anonymous said...

BOSAN BODOH BLOG KAU NI!

jenjibam said...

kahkahkah! terer jugak gua buat blog ni bosan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...