Monday

Nasi Goreng Kampung Pataya

Gua tengah sedap ketup--ketap-ketup-ketap taip kibod nak siapkan segala assignment. Dalam masa yang sama gua alihkan tumpuan gua kejap pada fesbuk dan Tweetdeck. Budak-budak lain sibuk main gusti gusti kat bilik depan. Maklum la, masing masing semua baru balik dari gim. Tapi tak pulak diorang berani nak sarung sepender je.

Tak lama lepas tu, Kecik, budak bilik gua yang sampai sekarang gua konpius dia sebenarnya dari Terengganu atau Kelantan tanya gua. "Nak kirim tak Bam? Aku nak pegi Don jap lagi." Sambil tunggu jawapan dari gua, Kecik layan tukar seluar. Nak pegi Don kena semat-semat kot gua rasa. Seluar yang dia pakai masa tanya gua tadi, dia sangkut kemas di penyangkut belakang pintu. Lampu yang agak romantik sedikit menyukarkan kerja kerja menyangkut seluar. Cahaya lampu tak sampai ke pintu.

Lepas Kecik setel kerja tukar seluar, gua kirimkan pesanan makan dan minum. "Ha Cik, air biasa, makan belikan gua Nasi Goreng Kampung Pataya. Paham tak? Nasi Goreng Pataya, tapi nasi dia Nasi Goreng Kampung. Ni duit, kalau tak cukup pakai duit kau dulu. Balik kang claim." Kecik tak banyak cakap. Ambil duit dari tangan gua, terus keluar bilik dengan gaya brader brader shuffle. Bila masa dia sarung hoodie pun gua tak tau.


Tak sampai setengah jam, Kecik balik membawa khabar...



"Nah Bam. Teh O Ais dengan nasik. Nasik Goreng Kampung Pataya brader tukang masak tak boleh buat. Kalau Nasik Goreng Pataya je boleh." sambil passing bungkusan makanan pada gua. Dalam kepala gua, dah mula fikir tukang masak ni bebal ke. Watafak lu jadi tukang masak, tapi lu tak reti nak masakkan order gua! Apelah sangat Nasi Goreng Kampung Pataya tu. Lu buat telur dadar lepas tu lu campak Nasi Goreng Kampung tu dalam telur dadar, lepas tu lu bungkus! Susah ke? Lu tau tak berapa lama gua mengidam nak makan Nasi Goreng Kampung Pataya tu? Potong betul la...

2 comments:

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

tukang masak tu diajar,
nasi goreng pataya dengan nasi goreng kampung.

kalau gabung, dia dah blurr. hahaha.

Lann Shaukani said...

mcm gampang.

boleh pulak tak reti. bebal betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...