Monday

Wasap kutu-kutu yang kata gua takkan grad!!!



Gua ingat lagi kutu-kutu pernah memekik kat telinga gua dengan kata-kata sinis bahawasanya gua takkan dapat habiskan sesi pembelajaran gua memandangkan masa yang gua ambil untuk habiskan diploma ialah EMPAT tahun. Ya! EMPAT tahun. Satu masa yang panjang untuk seorang pelajar yang mengikuti pengajian peringkat diploma untuk menamatkan pengajian. Biasa la, mesti ada mulut-mulut hancing akan cakap "Hek eleh.. diploma je pun... lagi nak bising lebih." Itu gua balas dengan senyum je la. Orang akan tengok keburukan lebih dari tengok kebaikan seseorang. Itu pengalaman yang selalu gua dapat.

Meh sini gua nak bagitau pada kutu-kutu yang pernah down kan gua satu masa dulu. Gua belajar bukan sebab gua nak dapat kerja sedap or whatever crap title Dr. tu semua. Gua belajar sebab gua menagih ilmu. Pada gua ilmu tu sesuatu yang sangat-sangat priceless even ilmu tu lu belajar formal atau tak formal. Got it mofo? Gua seorang yang tak suka dengan benda-benda tipikal. Habis belajar - cari kerja - kerja bawah orang (jadi kuli batak je sebenarnya) - beli kereta (hutang je pun..bukan beli cash woi!) - placing dengan kereta - placing dengan kereta cari makwe - ade makwe - kahwin - dapat anak - pulun lagi kerja pasal duit nak sara anak tak cukup - bla bla bla-bla bla bla - pencen (kalau dapat kerja gomen la). Boleh bayangkan situasi macam ni wahai kutu-kutu sekalian? Mental kan?

Gua tau kutu-kutu yang dulu down kan gua dengan ayat-ayat pedas dan sinikal mesti sekarang ada yang dah kahwin, ada yang dah dapat anak. Takpun sekarang ni tengah cari kerja part-time untuk kumpul modal nak kahwin. Itu biasa. And yes, gua belum fikir sangat pasal kahwin. Sekarang pada umur yang hampir menjangkau 26 tahun, gua baru berada di semester kedua tahun pertama peringkat ijazah. I have a long journey to get my achievement dude!

Jangan kata kutu-kutu, sedara mara gua pun ada jugak yang dua kali lima perangai macam kutu-kutu tu. Bukan gua tak tahu lu orang sedap gelakkan gua pasal belajar tak habis-habis. Anak lu hebat itu, anak lu hebat ini, anak lu champs dan sebagainya. Kamon la wei, anak-anak lu tu semua gua tahu perangai sorang-sorang. Lu tau tak yang anak-anak lu tu total losers? Tak ada arah. Lu mesti tak tau. Pasal anak-anak lu cover line cantiiiikkk punya. Kah kah kah!

Untuk adik gua yang ada kat Medan, Indonesia sekarang, gua harap lu sukses dalam perjuangan lu. Mulut-mulut busuk yang down kan lu, lu gelakkan balik. Gua harap gua punya konvo walaupun diploma dah setel ni, jadi pembakar semangat untuk lu belajar terus.

Pada yang baca entri gua kali ni, gua tak tuju kat lu orang. Gua tuju pada penama di atas sahaja. Harap maklong! Jangan kata gua tuju kat lu pulak. Lain la kalau lu dulu pernah ada down kan gua pasal hal-hal belajar ni. Kah kah kah!

Amacam, rebel tak rebel pakai getah tempe buat ikat rambut time konvo?

Till then.

7 comments:

Azri Rotten said...

congrats! ah dulik ape org nak kate. hahaha!

LS said...

Nice la Bam.

Gua pun penah kena kes mcm lu ni Bam. Tak kisah, sedara ke, kawan ke, semua 2x5 jer. Depan gua cakap bukan main cantik, belakang gua bukan main lagi gelakkan gua, "belajar tak sudah-sudah."

Sekarang, kena kat anak depa pulak. Gua takkan tepukkan tangan, sebab gua tau, hukum karma dunia. What you give, you SURELY will get back.

Bila dapat tau gua keje mcmni, barulah nak respek. Mulalah nak rapat, minta belanja la konon. Stok-stok ini mcm kan Bam, lu kasi SIGN OF FUCK jer.

BTW, tahniah Bam! Gua bangga dengan lu.

p/s orang takkan nampak masa depan dia selagi dia pandai memperlekehkan masa depan orang.

fatah85 said...

tahniah Bam. walaupun kawan melalui fb dan blog, aku rasa tak salah kalau nak ucap syabas dengan ketabahan lu.

kena tabah. ilmu priceless.
cara nak cuci filem pun ilmu. lagi hebat. :)

apa pun, lain kali try pakai getah posmen. warna puteh. getah tempe tak kul.

JayteaAbdul said...

masa ni mulutmulut busuk tu dah terzip dengan automatik. haha. ketawa besarbesar untuk dorang lah. :))

jenjibam said...

thanks guys.
lann: panjang betul.haha
fatah: getah posmen tunggu rambut gua sampai lutut. kah kah kah!
jaytea: :D

ajibXjamu said...

peh gua cukup terharu. kena pulak gua pun ada terlibat sekali dalam entry kali ni. trimas bebanyak. hidup jenjibam!

xaaax

Ninie Ahmad said...

Aku suka post nih:)..Baper lame kiter belajar tk penting..yg penting ilmu yg kita dpt tuh ye tak? at least dpt jugak diploma..nih skang dh smbg plak degree..mulut org mmg tkleh nk tutup...buat je ape nk buat:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...