Friday

Scene Sekolah-Sekolah Rendah Gua - #2

1946 lahir sebuah sekolah
Usaha didik anak watan
Hauskan pengetahuan
Dengan penuh dedikasi
Semua ilmu diselami
Semangat jati membela bangsa
Itu harapan kami
Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam
Kau harapan bangsa
Pengetahuan suluh kemajuan
Pegangan kami semua
Masa terus berganti masa
Teguh berdiri megah
Segala ilmu kau curah
Akan tetap dikenang

*beat lagu ada sikit sama macam lagu band Lukestar. Kah kah kah!


Sekolah rendah kedua gua ialah Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam. Depan sekolah rendah gua tu ada masjid. Sebelah masjid pulak rumah Harun Chokro. Kampung Chokro tu, Harun Chokro punya. Rumah dengan masjid dah sama besar. Seingat gua, rumah Harun Chokro bercat hijau. Atas bukit. Acapkali gua akan menghadap rumah besar itu dan juga masjid di sebelahnya ketika pulang dari sekolah. Kalau gua tak menghadap dua bangunan tersebut, maknanya gua tengah sedap main guli sementara tunggu abah gua datang pikap balik sekolah.

Cerita pasal main guli, gua dulu champion dalam scene ko-kurikulum dalam bidang pergulian. Nak-nak kalau main guli di longkang susur gajah. Gua champion pasal gua ada simpan sebiji guli yang saiznya dua kali ganda dari saiz guli yang biasa. Takat guli warna metallic, memang satu balang dalam stok gua. Guli-guli yang sumpik, gua sedekahkan pada newbie yang baru nak into dalam scene guli ni. Sebagai pemangkin semangat untuk diorang collect lagi banyak guli. Kah kah kah. Tapi kalau guli atas tanah, itu gua tak berapa ngam pasal member gua, Zaini seorang yang kidal, pegang title sejak gua masuk sekolah situ. Zaini menetap di berek Pasukan Polis Hutan, berhadapan dengan Penjara Simpang Rengam. Merasa juga dia naik trak polis hari-hari pergi sekolah. Kalau dah besar sekarang ni, dia buat hal jenayah, gua rasa tak ada langsung rasa gerun di hati dia kalau kena naik trak polis lagi.

Kalau dah champion bab ko-kurikulum, bab akademik juga gua mesti champion juga. Sepanjang gua bersekolah di situ, gua tak pernah dapat nombor lain kecuali nombor satu dalam mana-mana perperiksaan. Rasa bangga memang tak pernah wujud. Tapi kalau rasa pelik, ha itu ada. Pasal apa gua rasa pelik? Pasal gua jenis yang tak rajin nak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi. Nak-nak lagi dalam subjek Matematik. Gua punya malas nak buat kerja rumah boleh mencapai takat beku. Pernah satu hari gua kena tempeleng dengan cikgu Matematik gua pasal gua kata buku hilang tengah jalan nak pergi sekolah. Kiri kanan pipi gua dah rasa dia punya tempeleng. Fed up gila cikgu gua. Tapi bila gua dapat nombor satu, dia tak naik tangan dah. Dia cuma naik pelik. Sama macam gua.

Antara kawan gua yang sama-sama fight dengan gua untuk dapat nombor satu dalam kelas ialah Suffian Hadi. Suffian Hadi ialah seorang budak yang tak normal. Dia menghidap penyakit kuning. Gua yang masa tu seperti katak di bawah tempurung, ingat dia alien masa mula-mula kenal. Kulit dia macam kena lumur dengan serbuk kunyit gua cakap lu. Lain macam dia punya warna. Sakit juga mata gua bila pandang lama-lama. Tapi bila dia dah story, gua mula faham. Start dari dia buka cerita pasal sakit dia, terus gua kamcing dengan dia. Suffian Hadi sama dengan Zaini, anak kepada Pasukan Polis Hutan Simpang Rengam kalau tak silap gua.

Banyak pengalaman gua masa sekolah di sini. Nanti gua cerita lagi di entri akan datang. Gua semakin malas menulis sejak adanya fesbuk dan twitter nih. Cilakak betul la.

2 comments:

ming said...

lu memang true la jibam. tang pergulian tu yang gua suka. apakata lu guli-gulikan facebook dengan twitter tu? kah3..

fake said...

weh,aku rasa aku knal ko..suffian hadi yg ko citer tu aku la wehh..ahahaha...siut je ckp aku mcm alien x normal.aku da add fb ko,sila approve.jejak kasih ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...