Monday

Baju Raya Anak..

"Papa.. nak baju raya baru..boleh tak?
Saya tengok kawan2 lain semua dah melaram dengan baju baru..
Saya segan la Papa.. pakai baju lama lagi.
Esok kita cari baju raya baru eh Papa..?"

Kata-kata dari anak aku yg masih terngiang dalam salur darah otak aku nih.
Mana aku nak cekau duit.. mana aku nak cari kain baju raya anak aku?
Aku bukan ada duit banyak pun sekarang nih.
Kalau ada duit kat kocek seluar sekarang nih, jangan kata baju, siap cermin mata dia aku belikan.

Sebab sayang sangat kat anak aku yang satu nih, aku turutkan jugak.
Awal-awal dulu aku dah belikan dia kain untuk buat baju raya baru. Saja aku tak beritahu dia. Surprise la kononnya. Aku pilih baju putih untuknya bagi raya tahun nih.

Tahun lepas baju raya warna merah bintik hitam. Hantar "tailor". Tahun nih..agak kurang bajet, aku buat baju sendiri.
Anak yang meriah..kita ni tak ada apa-apa pun. Ala kadar sudah.

Raya tahun sudah baju ini:




Ha...anak aku mesti happy dapat baju baru tahun nih:


***Ini la anak aku. Ada yang lain. Malas nak tayang. Kang semua berkenan dengan anak-anak aku.

7 comments:

gulagula said...

LOL! comel nye anak... >__<

-pikto from lomokids-

azri_fi said...

wow..
aku pon nak buat la..
jelesnya aku..

Anonymous said...

anak kau tu degil. cuba rotan sikit. manja sgt tiap tiap tahun nak baju baru. anak aku mandi peloh je.

mukhrizlatif said...

macam kain kapan jek

keng said...

nak anak yg ada mata katak...

Azlan Dawai said...

lawa baju anak ko ni
camne buat?
ajar boleh?

nak buat baju utk bini aku la
:-D

jenjibam said...

gulagula:
kecik2 comel la..

azri-fi:
buat..jgn tak buat..

sapik:
cube ko rotan "anak" ko tuh. ada bran?

m0qh:
lu jeles sebenanye. hakikat tu..

keng:
mcm biasa.. rm 1800.00 nett!

azlan:
boleh ajar. takde masalah. sayang tak sayang je la "bini" ko tu nak kena bogel dgn aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...