Thursday

Undi Tika Bukan Musim Election?


Undi-
Dari segi pemahaman diri aku sendiri ialah bebas memilih sesuatu yang kita rasa bagus dgn cara-cara yang tertentu.

Dari ensiklopedia bebas, Wikipedia Bahasa Melayu, bermaksud pemilihan seseorang calon (atau sekumpulan calon) atau penentuan sesuatu usul (umpamanya ketetapan cadangan) dengan penandaan pada kertas undi atau melalui sistem elektronik.

Dalam kepala kita..
bila sebut sahaja undi.. teringat tentang pilihan raya.Sibuk dengan penamaan calon.. sibuk dengan "pancing-pancing", sibuk dengan poster yang tak habis dibersihkan bila habis musim mengundi, sibuk dengan "isu-isu" terkini yang boleh menggugat kepercayaan rakyat, sibuk dengan macam-macam la. Ah.. aku bariya cerita..aku bukan daftar mengundi pun.
Bukan apa..belum sampai seru bak kata orang-orang lama. Ceh!

Untuk budak-budak sekolah pulak, undi tu penting untuk duit poket masing-masing.
Biasa la zaman-zaman sekolah main undi. Cukup time, sampai turn dapat duit undi, kat kepala mula la fikir.. nak beli macam-macam. Tapi bukan banyak mana pun duit undinya. Budak sekolah..mana boleh pegang duit banyak-banyak. Zaman aku sekolah rendah dulu, duit undi sorang 30sen. Paling-paling kuat pun 50sen. Itu pun dah cuukup besar nilainya. Mana taknya, kalau yang main undi tu dalam sepuluh orang. Sekali dapat, RM5. Tapi semua tu duit kita jugak. Haha..

Dah besar panjang pun nak main undi jugak. Bukan tak ada. Ada...
Tapi nilai duitnya pun "up" jugak la.
main RM50 ke.. lebih kurang dari tu ke.. ikut kemampuan la senang cerita.
Sekali dapat duit undi, Zasss!! Henpon baru.. kasut baru.. Silap-silap sport rim bak datang de....
Memang muai!
Itu yang member-member se-undi semua jaki tuh. Masing-masing pikir..bila la agaknya turn aku nih.. Dapat jek duit, aku nak beli ****, ********, ******* , dan sebagainya.
Maunya tak macam tu.. tengok member dah merasa duit undi.. awak melendu tunggu turn nak sampai duit ke tangan. Tua la brader nak tunggu turn..


Ok.. itu mukaddimah awal tentang undi.
Undi yang aku nak usulkan di sini ialah undi di Art On Display.net.
Baru-baru ni aku ada join sekali dalam website tersebut.
Menang kalah adat bertanding.(de javu).
So... kalau korang semua ada masa lapang, tak lapang pun takpe..
Undilah aku yang serba kurang nih di link di bawah ini:

http://artondisplay.net/?p=198

Tak perlu daftar.
Tak perlu tunjuk kad pengenalan.
Tak perlu ambil masa yang lama.
Tak perlu huru-hara.
Tak perlu kibar bendera besar.
Hanya klik..dan klik!
Mudah. hehe..

Selamat mengundi.

*** Aku tak reti nak politik-politik segala macam.
So..ikhlaskan hati korang, undilah aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...