Monday

Renung Sejenak

Ringtone lagu As I Lay Dying bergema di hall atas rumah@hostel aku.
Betul2 sebelah bantal aku. Dengar ringtone tu je aku dah tau dah. Mesti gadis aku call punyalah.

"Hello..." ..dengan nada baru bangun tidur.

"Yang..tido lagi ke? Nak masuk waktu bukak puase dah nih. Bangun..bangun.. Kang puase sampai esok kang"... gadisku membalas.


"Ha...ye la..ni nak bangun la nih..orang nak beli bukak puase kat kedai jek la. Nak masak tak sempat la.. Time kaseh kejutkan orang."

Lebih kurang macam tu la perbualannya. Masa tu aku agak mamai. So, tak berapa ingat sangat. Haha.

Bangun dari tilam, aku cuci muka lebih kurang. Dengan mata yang sembab gila sebab baru bangun tidur, aku capai kunci motor kat atas meja, terus start kuda putih aku. Anak kuda jek.
Pergi la ke Don Blues. Sederet dengan Kelana Jaya Medical Centre. Dekat je dgn rumah. Bungkus kopi ais. Nak beli makan, kurang mampu. Haha.

Masa tu dah bukak puasa dah. Sambil bawak motor, aku nyala Suria sebatang.
On the way aku nak ke kedai.. ada la satu gerai tepi jalan jual air tebu dan kelapa. Gerai tu memang ada satu je kat situ. Daily open tak kira waktu bulan puasa atau tidak.
Betul2 kat sebelah gerai, makcik yang jaga gerai tu bentang tikar.. duduk dengan anak2 dia 3-4 orang yang pada kiraan aku umur dalam lingkungan 8-12 tahun, bukak puasa kat situ. Kat tepi jalan. Masa tu aku rasa syahdu semacam. Nak menitik air mata aku tengok dia orang bukak puasa. Kesian pun ada. Orang susah.. Bukak puasa pun ala kadar. Yang penting, bersyukur pada Tuhan sebab masih lagi boleh bernafas kat muka bumi nih.

Lepas bungkus kopi ais, aku patah balik, singgah kat gerai air makcik tu, beli 2 bungkus air. Sebungkus air tebu, sebungkus air kelapa. Bukan aku minum sangat pun. Budak2 kat rumah je yang habiskan nanti. Kopi ais bungkus tu je dah mampu utk isi perut aku.

Masa beli, aku tenung muka makcik tu. Aku jadi sayu. Tengok anak2 dia yang masih kecil. Pakaian compang camping. Tapi makcik tu siskit pun takde rasa sedih. Happy jek aku tengok.
Macam takde masalah langsung.
Lepas bayar, aku gerak.

On the way atas motor nak balik rumah, aku tetiba rasa rindu kat mak aku.
Aku mesti balik JB minggu nih!

4 comments:

hpp said...

mulia ati ko ni...hehee

i luv my mom

uyeahhhh :)

ML said...

rindu mak konon..tak payah ar..rindu kathira abu bakar..ckp jek ar

ML said...

rindu mak konon..tak payah ar..rindu kathira abu bakar..ckp jek ar

jenjibam said...

ml: hotak ko.. nak balik jb pon payah. tensi jek gua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...