Sunday

Baju Raya Di Hari Raya Ke-4..

Raya tahun ni tak macam raya yang lepas-lepas..
Terasa sangat kurang suasana hari raya kali nih.
Aku tak ttau apa puncanya.
Tak terasa nak membeli belah untuk hari raya.
Tak terasa nak pergi beraya ke mana-mana.
Tak terasa bahang suasana hari raya.

Mungkin disebabkan oleh keadaan hidup aku yang tak berapa menentu sejak kebelakangan ni.
Masalah macam-macam.. ada yang berat, ada yang ringan..
tapi syukur.. semua dapat aku hadapi satu persatu dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Cemerlang..tak cemerlang sangat la.. gemilang..tak gemilang sangat la.. terbilang? Haih... tak terbilang masalah yang menimpa.

So.. aku menyambut raya dengan keadaan yang biasa-biasa sahaja..
Mujur ada kawan-kawan sekampung yang sudi meluangkan masa untuk menghiburkan aku..
Dia..juga menghiburkan aku. Dapat jugalah beraya ke rumah dia. 1st time sembang dengan bapanya, mula-mula agak kekok. Lama kelamaan, layan!

Raya ke-4, aku tak sangka akan dapat baju baru. Baju tu tak lah baru.. tapi di"touch up" menjadi baru..

Inilah baju yang lama diubah menjadi baru:



HIDUP LOMOKIDS!
HIDUP MOQH!

Esok nak balik Kelana Jaya dah weh..
Bermulalah episod-episod harian yang seperti biasa aku akan lunch dan diner dengan maggi, minum air sejuk!


Kawan-kawan.. ada kelapangan, singgahlah ke Alcatraz, tempat yang aku diami di Kelana jaya tuh.

2 comments:

i lap u said...

sebabkan ternampak baju ni la suara aku xkuar masa karaoke smlm..
hahaha

peijan said...

buat baju tak ajak..
mencik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...