Wednesday

Rutin 1 Syawal

Seperti biasa la..
1 Syawal.. raya. Raya apa? Raya puasa..Aidilfitri.. Salam Lebaran... Blablabla.. ok. Stop!

Apa rutin harian korang bila tiba 1 Syawal?
Baju melayu? Of course!
Sembahyang raya? of course jugak!
Salam-salam? Pun of course la bang!

Malam last puasa tu rutin aku adalah menjadi seorang "anak dara" di rumah.
Anak dara? Jeng..jeng..jeng..
Tolong mak aku kat dapur la..
Sengkang mata sampai jam 4-5 pagi siapkan juadah hari raya.
Sebagai anak sulung dari 3 beradik, tanggungjawab menolong orang tua itu perlu dan wajib. Nak harapkan adik aku lagi 2 org..haha. Diorang bole diharapkan. Tapi..
Yang perempuan tu tengah mengandung 2 bulan. tak boleh bau itu ini. Mengidam macam-macam. Adik aku yang last, tolong sikit-sikit. Saki-bakinya, aku yang habiskan dengan bonda sampai ke pagi. Kesannya, mata aku sembab tak cukup tidur. haha.

Baju raya tahun lepas aku sarung ke tubuh selepas selesai mandi sunat hari raya.
Bos kat luar dah hon-hon. Dalam hati aku.."sah aku paling lambat la nih".
Dari bilik aku dah dengar dia kata "Ni dah pukul berapa dah ni. Kejut tak nak bangun. Kang terlepas pulak sembahyang raya."
La...pulak.. aku jugak yang kena. Haha..nasib badan la Jibam..
Ini semua salah sepupu aku la nih. Dia yang beriya kata sembahyang raya pukul 8.10 pagi. Walhal pukul 8.30 baru start sembahyang. Hamjadah punya kazen.

Sembahyang raya..seperti biasa..kat kawasan perumahan yang aku tinggal. Lepas sembahyang raya, port aku..kat bus stop berhampiran masjid. Hisap suria sambil dengar khutbah lepas sembahyang. Memang port tiap-tiap tahun lepas sembahyang raya aku kat situ la. Takde geng pun takpe.. janji ada rokok.

Balik sembahyang..tak terus balik rumah..
Apa? Pergi kubur? Tettt!!! Salah.
Pergi stesen minyak tempat bos aku cari rezeki untuk anak-anak.
Maklum la.. raya..pekerja pun nak cuti maaa...
Rutin aku.. sapu keliling stesen minyak sampai bersih.. buat apa-apa yang patut, lebih kurang jam 10-11 pagi, baru balik rumah.

Tak sempat nak landing kat tilam, kena pula beraya rumah jiran sebelah.
Deret rumah aku tu.. 2 rumah je yang Melayu.
Rumah cikgu sebelah, dengan rumah aku.
Memang tiap-tiap kali raya, rumah diorang la rumah first yang akan kitorg datang. Lepas tu, diorang pulak datang rumah aku. Haha..kelakar di situ.

Cukup time, family aku akan pulang ke kampung untuk berjumpa dengan atok dan nenek aku. Aku lebih senang balik hari. Lepak kampung lama-lama pun sakit kepala kalau takde internet. Haha.

Sampai kampung.. first sekali aku akan cari ketupat pulut yang memang champion la. Made by my grandma you know..
Aku ratah gitu pun takpe.. memang sedap. Kalah rasa lemang woo!
Dapat ketupat pulut, saudara mara semua aku buat dekkkk je la.
Dah siap makan baru aku salam dengan diorang. Haha.

Dekat 3 tahun kot aku tak makan ketupat pulut dari air tangan nenek aku.
Rindu weh!

2 comments:

Anonymous said...

jibam, ko lupa collect duit raya ar! haha

ira zaki said...

bagus nye anak teruna sorg nie..
tolong mak kat dapur..
kalo la abg aku camtuh..
sejuk hati aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...