Friday

EKONO-MonEY


Kunci motor aku capai dari atas meja dalam bilik..
Sebagai seorang perokok tegar berjenama Gudang Garam bukan buatan Malaysia,
kalau takde rokok..boleh kena kancing gigi.
Untuk menyelamatkan diri dari terus dibelenggu oleh kehabisan stok Gudang Garam di rumah, dengan pantas aku start motor walaupun jam kat dinding rumah dah menjangkau ke 3 pagi.
Cakap banyak tak guna..tembak tak kena.
Aku lincah terus ke Don Blues yang terletak tiga pelaung dari rumah aku.
Pengalaman berjumpa dengan pocong di depan rumah tak mematahkan semangat aku untuk terus ke sana dengan tujuan yang tak berapa murni pada umumnya iaitu membeli rokok.

Luckily(cakap omputih mat..).. Don Blues masih belum tutup.
Aku matikan enjin. Seluk poket yang ngam2 ada RM10. wallet time tu memang aku tinggal jek. Ni kalau ada radiocar tahan..memang aku selamba balik naik radiocar la.. warna putih jugak kan..sama warna dengan motor aku. cuma berbumbung dan jadi tuan besar kat seat belakang.

"Bang..Suria 2 kotak"... sambil hulur duit tadi kat tokey kedai.
"Kok malam2 cari rokok.." brader tu kata sambil hulur rokok yang diambil dari dalam laci.
Suria ori beb..mana boleh jual open. Nak rasa duit salur kat kerajaan je.. berani2 la jual open.
"Biasa la bang..takde rokok.. nak pancut syiling pun tak stim" kata aku sambil ambil duit baki.
Brader tu gelak jek.

Sambil naik motor menuju pulang ke Al-Catraz..aku congak dalam kepala..
Sekotak dah RM3.70..dua kotak dah RM7.40..
Harini jek dah 3 kotak aku beli masuk siang tadi.
Haih..tu sebulan confirm lebih RM300 duit aku untuk rokok je..
Rabak nih..tak boleh jadi nih..
Aku mesti berhenti rokok.

Tak payah..dah 4 tahun dah kata nak berhenti..tak jadi jugak.. sapa2 nasihat pun tak jalan.. apa lagi nak lari..

Tapi aku fikir2 balik..masa tu dah sampai rumah..
Sekotak RM3.70..
Kalau Winston..Pall Mall.. lagi mahal..
Dunhill..Marlboro..lagi la koyak.
Berapa pula belanja sebulan?
Hahahaha..Hahahahahaha..

p/s: Hisap Suria lagi jimat...

1 comment:

Anonymous said...

eko no money!

hahhaaaaa

mari benti rokok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...