Wednesday

TIADA TAJUK

PROFIL:

NAMA: RAHSIA
UMUR: SEDANG-SEDANG ELOK..TAK TUA..TAK MUDA..
PEKERJAAN: HABISKAN DUIT MAK BAPAK
STATUS: BUJANG
KEADAAN MENTAL: 50-50
KEADAAN FIZIKAL: TUAN PUNYA BADAN TAK DAPAT NAK AGAK.
RUPA: ADA PEREMPUAN KATA DIA HENSEM
DARJAT: TAK BERAPA NAK BERDUIT

Profil di atas terpaksa dirahsiakan namanya kerana beliau sendiri tidak mahu namanya disiarkan di mana-mana media.

Beliau banyak bermonolog sehari dua ni..itu yang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri la..
Selalu senyum sendiri..
Bila aku tanya kenapa..sepatah kata pun tak dihambur keluar dari mulut.
Hanya geleng kepala dan senyum. Kemudian kembali bermonolog.

Bahasa tubuh menggambarkan segala-galanya.
Tak perlu untuk mengungkap kata.
Tak perlu simpulan bicara.
Dengan keadaan sedemikian rupa..
Dapat aku tilik apa mahunya.

Semoga tuan punya profil di atas akan terus senyum..dan senyum..dan senyum...
Semoga kau terus senyum sehingga ke nyawa yang terakhir.
Nadi dan akal aku akan sentiasa menyokong dan mengekori kau untuk pastikan INSAN yang kau tujukan senyuman ikhlas itu..walaupun dia tak nampak..akhirnya akan turut tersenyum..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...