Tuesday

KIPAS LIPAS

Lepak di master bedroom kala kehidupan sedang hambar sangat mengujakan.
Apatah lagi jika penghuni master bedroom semua ada.
Bercerita tentang transport untuk ke Penang cuti semester nanti.

"Hang naik flight la..lg cepat sampai..".. Bai John Cena menyelit mencadangkan idea yang sungguh tidak ekonomi.

"Member aku pilot..dapat berape percent ntah naik flight. Murah gile kot..".. sampuk Botak setelah menghabiskan kerja2 mengangkat besi utk tough kan badan.

"Alah..member aku.. blaja memandu kapal terbang..pon dapat murah gak.. amik lesen lightcraft jek pun."..kata aku sambil baring kat tilam Bai John Cena yang tak beralas.

"Oooo...lightcraft... aku tau.. yang kipasnya kecik tu kan.."..Botak 3 Miau mula bicara dengan konfiden sambil menggaru ketiaknya yang berkuah dengan peluh masam.

"Ha'ah..kecik tak kecik sangat la Botak. Kipas tu nanti boleh kontrol laju. Ada button sampai 3 untuk kawal speed kipas tu.".. aku mula jual auta kat Botak 3 Miau.

"Ye la..yang boleh landing kat atas air tu kan.." tanya Botak 3 Miau mendapatkan kepastian.

"Kipas dia..ade button kat belah belakang tau Botak. Kalau ko tekan.. dia stop. Kalo ko tarik button tu.. dia boleh bergerak ke kiri..ke kanan. Siap ada kaki kipas tu".. tambah aku.

Budak2 rumah yang lain; Bai John Cena, Fairuz Papa Peje dan Zack Cepai Ipoh khusyuk mendengar.

"Eh.. ni kipas yang mana satu nih Bam..?" tanya Botak 3 Miau.

"Ni kipas kaki yang guna plug tu la Botak. Yang kat rumah2 tu.. yang ada speed sampai 3.. ada button kat belakang yang boleh buat kipas tu pusing kiri kanan." selamba aku jawab sambil minum Sprite yang aku beli kat Don Blues tadi.

Dengan tiba2.. aktiviti ketawa berkumpulan pun bermula dengan rasminya. Lantai parkir menjadi mangsa gulingan mereka yang senak perut terlebih gelak.

Dalam masa yang sama, Botak 3 Miau terus keluar bilik dengan rasa malu dan segan. Tak lupa perkataan "Fuck You" keluar dari mulutnya.

Malam ni Botak 3 Miau kena bahan lagi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...