Friday

KISAH KAWAN LAGI..

Entry kali nih agak lambat aku post. Mahap m0qh!

MUKHRIZ LATIF aka M0QH aka B.G 1 LOMOKIDS aka BEKAS AHLI KELAB BUJANG telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hati, IEZAH LATIF (betul ka ejaan tuh? salah nasib la kan. haha) pada 1 November 2008 yang lalu. Aku selaku orang kampung mintak mahap bebanyak sebab tak dpt dtg ke majlis pertunangan yang telah dilangsungkan pada tarikh yang telah ditaip seperti baris ke 3 di atas.

Nak buat macam mana..aku ade job la kat JB. haha.
Takpe.. lagu2 yang DxD dendangkan masa kat City Plaza haritu semua di-dedicate khas untuk pasangan bertunang tersebut. Lagu hadko tuuu... gila rare weh!

Jadi..tanpa banyak bicara..

(Baca style pengumuman puasa / raya kat tv)
Saya.. selaku penyimpan mohor besar Raja-Raja.. mengisytiharkan.. bahawa.. tarikh Mukhriz Latif meninggalkan Kelab Lelaki Bujang dengan rasminya.. jatuh pada 1 November 2008.
Sekian.. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
(Sambil pakai baju melayu lengkap bersongket dan bersongkok duduk sopan di kerusi besar dalam studio)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...