Penat tengok iklan2 yang wa post sebelum ni, kita sambung subjek panduan pelajar ni. Kali ni wa nak cerita pasal macam mana nak kamcing dengan senior kat asrama.
Lu orang yang pernah sekolah berasrama mesti tau perangai2 senior lu orang yang kerek semacam kan? Mesti lu orang panas hati sebab diorang takde sikap mesra alam langsung kan? Wa masuk tingkatan 4, wa pindah sekolah. Dari wa sekolah kat E.C, wa masuk teknik perdagangan kat J.B. Wa tinggal kat hostel. Hostel tu dalam pagar sekolah jugak. Nama dorm yang wa tinggal dulu, Dorm Hang Lekir. Gila olskool nama. Tapi yang wa pelik, dorm perempuan tak pulak ada nama "Hang-Hang" ni. Pilih kasih agaknya. Lantak situ.
Aktiviti harian wa sebagai penghuni tegar asrama ni bila harian biasa, sama saja. Sikit pun tak lari tune.
Siang:
Balik sekolah. Letak beg brand Outdoor wa tepi katil. (Time zaman wa sekolah dulu, sapa pakai beg Outdoor, Deuter, Tatanka, dan segala jenis beg backpack dah kira gila kental ah.)
Turun pegi dewan makan. Lauk yang cukup popular; paku dengan ball bearing. Paku untuk ikan bilis, ball bearing untuk kacang. Cukup keras. Kalau gigi wa ni tak kuat la, memang dah lama budak2 terlentang kat dewan makan tu sebab terpijak gigi wa yang berterabur. Guna Sensodyne ya adik2!
Naik dorm, bantai gelak dengan member2. Pastu tido. "Prep" petang. Main bola tampar sampai azan maghrib bergema dari surau.
Malam:
Solat jemaah kat surau. Dulu wa champaiyon bab2 azan kat surau nih. Banyak je chicks2 yang kemsalam sayang la, kemsalam rindu la. Market wa melambung tinggi time wa kat teknik dulu. Yang nak jadi kakak angkat wa ni toksah cakap la. Akak kerja kat dobi pun nak wa jadi angkat dia, apa cerita? Diorang kata, bila dengar wa azan, tiba2 diorang rasa nak buat haji time tu jugak. Tu kata diorang la. Yang bagi cokelat kat wa bukan sikit2 beb. Satu malam, 4-5 bungkus cokelat wa dapat. Kedberi, Fereroroche, Vanhauten, Nini Cekelat Celop, Tora, Dindang semua brand ada. Siap balut lawa2. Siap selit surat. Tanya nak tak wa jadi adik angkat diorang. Cokelat wa makan ramai2. Surat wa tak balas. Market kena jaga. Kang wa setuju nak jadi adik angkat, yang lain kecewa pulak.
"Prep" malam. Part ni yang wa paling hegeh la. Kalau subjek Lukisan Kejuruteraan wa ok lagi. Tapi kalau Add-math ke.. Fizik, Kimia.. memang wa main teng-teng la dalam bilik prep tu.
Kehadiran wa dan kawan2 sebagai junior kat sekolah tu sangat tak disenangi senior. Wa rasa point diorang sebab market diorang jatuh. Susah nak ngurat awek2 la wa ingat. Macam mana nak dapat, diorang ayat dah la tak power, muka pun tak berapa nak ada. Dress up, wa ingat otai punya dress up lagi pegi la. Betul tak otai?
Wa satu dorm sudah wanted sama diorang. Pasal time tu dorm wa paling havoc. Paling jambu. Paling mantap, berkarisma dan jitu. Kira pegang hostel la. Satu malam, segerombolan senior masuk dorm wa. Time tu lampu semua sudah padam. Diorang mintak rokok sama budak dorm wa. Wa jawab "Nak rokok beli la sendiri. Tak malu ke dah besar mintak rokok orang." Diorang sudah panas hati sama wa punya jawapan. tapi diorang tak tau sapa yang jawab. Pasal lampu gelap.
Esok malam, diorang mahu revenge. Ingat wa takut la tu. Diorang datang lagi dengan kayu softball.(Ikut gaya iklan Tora) Diorang tanya sapa yang jawab semalam. Wa dengan penuh tawaduk jawab, "Wa yang jawab. Pehal? Lu orang datang mana?" Diorang lagi terbakar wa ingat. Wa apa kisah. Belum sempat diorang bukak mulut, watuding jari kat muka sorang demi sorang. "Lu orang ingat lu orang senior wa takut? Ini tempat wa. Lu orang datang sini.. jangan nak buat tempat ni macam lu orang punya tempat. Kalau sapa2 junior kena cuit, lu orang siap. Jangan sampai time balik cuti nanti, mak bapak lu orang buat kenduri 7 malam. Jangan sampai wa petik budak2 wa kat luar tu." Tegak je wa sound diorang. Padahal time tu wa takut2 sebenarnya.
Lu orang tau apa jadi esoknya?
Apa cerita adat istiadat awek2 kasi cokelat kat wa tiap2 malam, sekarang senior2 malam tadi berebut kasi wa cokelat pulak?
Untuk senior2 wa yang pernah wa sound dulu, wa nak story sikit ni. Cerita sini abis sini je la.
Wa sebenarnya takde budak2 pun yang wa nak petik. Wa lone ranger. Malam tu wa takut gila sebenarnya. Haha. Lu orang kena beb!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
haha
tak boleh blah
:D
Post a Comment