Monday

INI CERITA KAWAN SAYA.

Wa ade kawan. Kawan wa ni kira geng2 lepak wa jugak la. Katanya asal Ulu Tiram. Dari kecik dia dah tanda kawasan Ulu Tiram tu dia punya. Dia banyak cerita kat wa zaman2 kesusahan dia dulu time dia belajar. Macam mana susah dia nak dapat duit belanja.. macam mana sengsara dia tahan nafsu.. macam mana payah dia nak sekepala dengan budak2 rumah dia... macam mana perih dia meneruskan kehidupan yang serba mencabar.

Tapi itu dulu. Sekarang hidupnya sudah berubah. Sudah mampu untuk menyara diri sendiri. Sudah mampu untuk memiliki aset2 untuk dirinya sendiri. Sudah boleh berbangga dengan zaman susahnya dahulu. Tau2... tu dia.. ada barang baru. Tak lama tu..ada lagi barang baru. Wa bangga la dengan dia. Kawan2 wa yang lain pun macam tu jugak. Dulu susah, sekarang agak senang. Tapi wa bukan cerita pasal kawan wa yang lain. Wa cerita pasal kawan wa yang sorang ni.

Dia kerja best sekarang. Walaupun mungkin banyak mengular, tapi tu rezeki masing2. Tak elok dengki2 kat dia. Gaji sebulan je dah lebih dari cukup la kalau wa kat tempat dia la. Tu belum masuk claim2 lain. Macam claim kerja overtime, claim outstation, claim gantirugi, claim susut nilai, claim susu anak, claim lampin bayi, claim duit minyak, claim itu, claim ini, claim beli laptop.

Eh..laptop ada claim ke? Takde kan? Wa tak tau. Wa tak keje. Apa cerita beli laptop senyap2.. Wa tau pun dari kawan2 jugak. Bila nak belanja kawan2 lain laptop pulak?
Ahaks!

1 comment:

nuruz said...

mam kenal la kwn ko yg ni jibam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...