Thursday

KISAH JALAN-JALAN JB

Siang tadi, aku pergi ke Menara Ansar. Tujuan utama nak renew lesen perniagaan pakcik aku. Dah expired 2 hari dah. Apejadah. Kene tangkap baru tau.
Aku pegi dengan Ajib, adik bongsu aku merangkap backup singer time sing along kat gig hadko. Lu ingat lu hadko sangat? Aku singgah Robin. Hantar slide utk develop.



"Lusa amik lusa bole ka Jibam?" kata tokey kedai tu.
"Ikut lu la tokey. Janji gambar bayekkk! Kalau spoil, saya tak nak dating dengan u punya anak perempuan".. balas aku sambil tuding jari telunjuk sama anak perempuan dia. Sempat jugak la aku kenyit mata seround dua. Eh... melawan la amoi ni. Rezeki.



Dengan dress up JB, aku pegi Plaza Kotaraya. Parking kat sana. Jalan kaki sikit la. Asyik nak dekat je parking apejadah. Eksesais la. Kasi fit dan maintain tubuh badan. Baru market. tak macam kawan2 aku. Semua dah membusung. Ngeri je aku tengok. Pastu bagi alasan kena buatan orang. Apejadah lagi.

Ah..sial. Duit kat wallet ada 5 hengget. Tadi dah bayar deposit develop filem sampai 50 hengget.
Aku sedikit cemas. Tapi sebab aku kat tengah2 Restoran Singgah Selalu kat Kotaraya tu, aku belagak macho. Gile ape nak buat muka kelam kabut kan. Market kena jaga. Sikit punya hensem aku tadi. Dah la awek2 tengah ramai lunch kat situ.

Nasib baik akal aku panjang. Aku call adek aku. Tanya pasal berapa kena bayar utk renew lesen pakcik aku tu.



"Anjang soh renew utk 5 tahun. Semua sekali 337.50 hengget. Ada paham?" ah.. lagak suaranya seperti cikgu matematik masa aku darjah 6 Anggerik tahun 1996 dulu.

"Agak2 ko la kan.. 5 hengget cukup tak? Aku banyak la pulak duit. Bank-in kan skang la. Aku tunggu jap." balas aku dengan harapan adek aku termasukkan 2 ribu ke.. 6 ribu ke.. boleh aku pergi Singapore terus. Tapi aku batalkan niat aku sebab paspot aku dah expired. Jadah.

==========

Tengah tengok bun awek2 yang lalu lalang, adek aku call, bagitau dah bank-in duit utk bayar duit lesen. Potong la! Baru nak keluar darah kat hidung nih.

Aku naik Menara Ansar tingkat 4, tertera di signboard kilat di situ "SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA". Ha.. betul la ni tempatnya. Aku 1st time je sampai sini. Selalu tengok je bangunannya. Apejadah aku nak masuk bangunan tu tanpa hala tuju? Nak belajar jadi security guard ke hape?

Aku tengok kat kaunter pertanyaan, awek yang jaga kat situ. Aku susun langkah, tarik seluar sikit, topi adjust baik2, jambul kasi keluar sikit. Memang cukup confident la bak kata abah aku masa aku kecik2 dulu.
Aku kawal step. Kat kepala ni dah stenbai dah susun ayat. Mana tau awek kaunter tergoda ke.



"Cik.. saya nak renew lesen. Cemane eh agaknya cara2 dan langkah2 yang paling berkesan?" Cukup cool aku kawal suara yang sopan.


"Ni lesen atas nama siapa ya..?" Aduhai.. lembut je suara. Ini macam..nampak gayanya, proses berjalan lancar.

"Pakcik saya punya ni. Dia kirim. Dari Kluang. Dah expired dah date nih. Elok cik pegi je tangkap pakcik saya tu. Dah expired baru nak renew. Kalau saya ni cik..dah lame saya saman. Sebelum expired lagi saya dah saman dah.." aku tekan ayat penyata hasil didikan para guru Bahasa Melayu waktu sekolah rendah dan menengah dulu.


"Oooo.. sekarang ni, kalau pakcik awak punya nama, pakcik awak kena renew sendiri. Tuan punya bisnes kena datang sendiri. Tak boleh kirim2 dah. Mahap la ya.." dengan selamba awek kauter tu balas sambil kilatkan kuku jari tangannya yang aku perhati ade sedikit sopak.

Bangsat. Penat je aku tunggu adik aku bank-in duit tadi.

1 comment:

Anonymous said...

hahah..aku knal awek tu..blagak cam ensem..haha...ko kne kerek ngn dier baru dier terbliak mate..ari tu baru aku daftar jb bersatu global construction..hu3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...