Tuesday

REKOD

Wa nak cerita pasal rekod. Bukan rekording EP ke..demo ke.. tak. Ni rekod pasal berapa lama wa tido dalam sehari. Semalam wa dah buat pencapaian baru dalam hidup wa. Kalau wa register nama wa dalam World Guinness Book of Record, konpom wa ingat wa bole beat mana2 pesaing kat dalam list tidur paling lama. Tak main la buat rekod naik 1 motor ramai2 ke.. karate batang pisang laju2 ke, aktiviti bogel paling ramai ke.. apa barang!

Wa start tidur wa rasa dari pukul 2 pagi lebih la. Waktu spesifik wa tak tau. Ape jadah wa nak tentukan waktu yang tepat untuk menandakan masuknya waktu tidur wa. Wa tidur time2 tu la... punya sedap tidur.. wa bangun pukul 7.32 malam. Itupun wa tengok kat jam henpon wa. Wa pon tak tau la jam henpon tu cepat ke lambat. Wa tak amik pusing. 17 jam wa tidur. Unta pun tak boleh nak beat rekod wa. Ni kalau wa bagitau kat unta2 yang wujud kat muka bumi ni, mau diorang bikin Union. Eh, lu orang tau tak Union tu apa? Wa main cakap je. Wa tak tau pun mende alah tu.

Agak2, wa selaku anak sulung, boleh berbangga tak dengan family wa hasil rekod baru ni?

1 comment:

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

hahahha...wa tido 23 jam..ape kes???...penat beraya pakai baju castrol masa umur 8 tahun..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...