Tika memori lalu terlintas di saraf pemikiran wa, wa akan berteleku di hujung bucu katil sambil membiarkan segala jenis nyamuk menghirup darah wa dengan lahapnya. Apa sahaja yang berlaku di sekeliling wa, akan wa biarkan. Biarlah Apai dengan jeritannya, Biarlah Rahmat dengan "key" nya yang tak sampai mendendangkan lagu Situasi-Bunkface, biarlah Mail dengan stone ganjanya, biarlah Bai dengan besi-besi workout nya, biarlah Botak dengan koleksi-koleksi lagu klasiknya.
Jika keadaan ini berterusan melebihi 20 minit pada hisaban kasar, pasti Gudang Garam sekotak habis wa sedut sebatang demi sebatang. Sedut. Sedalam-dalamnya. Ah.. dalam lagi lurah dendam jiran sebelah. Sialan. 4-5 hari lepas wa berkeadaan begini tika di rumah. Apa yang akan terjadi, bagaimana kesudahannya, gembirakah atau sedihkah?
Ah.. entah.. tiada siapa yang dapat memberikan jawapan mutlak atas persoalan itu. Nyamuk-nyamuk kurus yang entah apa jenisnya, yang sejak dua menjak ni amat akrab dengan wa juga tak mampu untuk mengungkai persoalan yang sangat berselirat di saraf tunjang..eh.. saraf otak wa ni.
---------------------------------
Jam 3.45 pagi....
Wa ditemani oleh Rahmat dan Apai siap sedia di meja makan salah sebuah kedai makan di Kelana Jaya. Tak jauh dari rumah. Tapi kalau sepelaung dari rumah, memang tak sampai la kat kedai makan tu. Hati wa berkocak, berdebar.. pabila tika satu saat di mana ada seorang gadis Melayu berbaju kebaya melintas betul-betul di hadapan wa. Betis bunting padi, berbau harum bila melintas. Sangat harum. Ah... Yves Saint Laurent Paris Coffret !! Bisa membuatkan jantung berdegup dengan kencang bagi siapa sahaja yang menghidunya. Tak terkecuali diri wa yang kudus ini.
Ah.. lupakan sahaja tentang gadis itu. Apa yang bermain di kepala wa ini lebih penting dari segalanya. Lebih penting dari subjek-subjek yang perlu wa hadap tika di kelas. Lebih 1 jam 30 minit wa menanti dengan penuh tekad dan sabar, serta tawaduk yang tinggi, akhirnya... lega jua rasa di hati.
Manchester United 2 - 0 Inter Milan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semalam kena titik ape cerita?
lps liverFOOL menang dengan REAL...
lps tgk corak permainan liverFOOL...
gua da dapat mengagak semua ini...
oh..pasal liverfool, abaikan. haha.
Post a Comment