Monday

Antara Cost Management Accounting Dan Kumpulan Search.

Exam semakin hampir menunjukkan belangnya. Paper Cost Management Accounting semakin memanggil-manggil wa untuk duduk di meja perperiksaan. 9 chapter yang harus di latih tubi gila-gilaan. 1 chapter tidak kurang dari 10 rumus yang harus di hafal. Darabkan sahaja dengan 9. Ah.. mahu-mahu jejak 100 rumus yang harus dihafal.

Fixed cost, variable cost, material price variance, material quantity variance, labour rate variance, labour efficiency variance, standard hours of actual production, standard cost and variance analysis, variable costing, fixed manufacturing overhead, nett operating income, direct labour, direct material, gross margin, selling and administrative expenses, contribution margin dan apa lancau lagi. Huh! Penat la otak wa 2 minggu ni.

6 jam mengira tanpa henti memanglah memualkan. Sangat-sangat memualkan. 3 kali wa muntah-muntah sebab mengira sahaja. Ngeri sungguh. Wa kena cari satu solution untuk mengubati penyakit mual ini. Nah.... sudah dapat. Pasang saja lagu Kumpulan Search. Masukkan formula dalam lagu. Apa macam? Pergi tak pergi?

Wa siap tukar lagu kat blog picisan wa ni dengan lagu Search-Pawana. Lu orang tak layan, lu orang tak rockers. Tak jiwa timur la tak layan Search. Lu orang kenal kumpulan Search? Kumpulan Slank, Dewa, Hetty Koes Endang hatta Titi DJ sekalipun, kenal sangat dengan Search. Kalau orang Indonesia pun kenal kumpulan Search, takkan lu orang tak kenal? Malu beb..malu! Mana mau letak muka kalau orang tanya lu konsert search kat Kolumpo berapa haribulan. Lu orang yang tak ambik port pasal ni, dah boleh plan awal-awal, mana mau sembunyi.

Konsert Search apa macam? On tak on? Wa dah stenbai susun ayat cantik nak pinjam duit adik wa nih. Bukan banyak sangat pun. Paling kuat seratus ringgit saja. Lepas duit tiket, tambang pegi balik, makan cikedis, beli Ali Cafe 2 tin. Redbull? Bukan citarasa wa tu. Lu orang taknak konvoi sama dengan wa turun konsert yang akan diberitahu tempatnya nanti?




p/s: Wa akan pastikan time exam wa jawab soalan nanti sambil melalak lagu-lagu Search. Biar semua budak yang amik exam sekali dengan wa sing a long termasuklah yang jaga exam nanti.

7 comments:

Nizam said...

tgk kat mana beb?menarik.

iyan said...

tiket venue KL mahal...
55 plg murah...
tgk kat jb la weh...
xpun kat kelantan...

jenjibam said...

untuk search, 300 ringgit pun gua sanggup.

reza! said...

9 may ah,
gua tunggu lu depan pintu stadium,
amacam?

c!k baBy said...

gudluck beb exam!

jenjibam said...

reza: boleh juga kalau time tu wa ada duit.

cikbaby: hoho.. semoga luck menyebelahi.

delina said...

konsert search. kata nak payung kan? lalala

exam buat betol2 kasi bole konvo tahun ni jugak okeh :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...