Kringgggg..!!! Loceng berbunyi menandakan waktu untuk kelas Matematik bersama Cikgu Jakpa dah tamat. Sungguh, wa sangat lega. Sepanjang 1 jam kelas belajar Matematik dengan Cikgu Jakpa wa tak senang duduk. Apalagi Khumaini dan Aizat. Diorang lagi la tak senang duduk. Kejap mengesot ke kanan, kejap mengesot ke kiri. Cat kerusi kayu yang diorang duduk tu dah naik nipis akibat daya geseran seluar diorang dengan kerusi tu. Antara kitorang bertiga, wa dikategorikan sebagai pelajar yang tak berapa nak gah sangat dalam arena kira-kira ni. Memang rutin, jika waktu Matematik bermula, semua murid-murid kelas wa akan disuruh berdiri pada awal kelas untuk jawab soalan spontan Matematik. Siapa angkat tangan automatik jawab soalan-soalan killer Cikgu Jakpa, dapat duduk. Aizat dan Khumaini memang antara orang terawal yang jawab. Memang laju. Wa memang tak puas hati diorang dapat jawab cepat.
Wa tak kurang champion juga. Jika tak yang pertama, pastinya yang kedua akan jawab soalan. Pertama atau kedua dari belakang la tapinya.
Kelas 6 Anggerik Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (1), Johor Bahru badge 1996 kembali riuh dengan perangai masing-masing yang memang sedia nak tunjuk hebat. Cilaka. Wa juga yang rilek-rilek. Budak-budak meja baris depan berkumpul. Majoriti budak perempuan. Zati Azhani binti Che Alias, Nurul Shahida binti Ahmad, Ummu Fathiyah binti Khalid dan Nurul Nadia binti Nordin merupakan satu geng di mana diorang akan jadi ahli tetap di meja sidang pabila tiap kali tunggu matapelajaran lain bermula. Topik yang sama setiap hari. Cerita sama-sama diorang pasal cerita kat tv semalam. Masing-masing mengolah cerita yang diorang tengok semalam. Lagak seperti produser. Mana yang tak tengok tv semalamnya, sangat- sangat tension pasal tak dapat nak menyelit sambung cerita. Terpaksa senyap jadi tukang dengar. Tapi biasanya cerita-cerita diorang akan bertukar menjadi cerita-cerita gosip. Wa pun tak paham macam mana boleh jadi macam tu.
Osman bin Aris seperti biasa dengan kroninya lepak tepi koridor dengan kereta Tamiya masing-masing. Kereta Tamiya Osman paling champion di antara kroninya. Kereta Dash 1-Emperor dipegang kemas. Dah siap aksesori bagai semua. Memang champion. Kalau hantar pertandingan, boleh menang agaknya. Juara taman mungkin. Jarang sungguh wa tengok diorang lepak dalam kelas sementara tunggu cikgu lain masuk untuk ajar matapelajaran lain. Konon-konon gengster la. Osman bin Aris mungkin lupa yang bapaknya tu imam Masjid At-Taqwa Taman Johor Jaya yang lebih nampak rupa surau dari masjid saja gayanya. Kroni Osman yang lain seperti Liu Pin Tang yang dress up nya lebih pada Aaron Kwok versi cina bukit ada Dash 3- Shooting Star. Khairul Anuar bin Hashim pula dengan kereta Dash 4-Cannonball. Zaman tu, siapa yang ada kereta Tamiya kira market habis. Takat kereta jenama Auldey yang ada lambang berlian 2 biji tu, memang boleh lari sembunyi jauh-jauh kalau berselisih dengan budak yang pakai kereta Tamiya.
Nor Azah binti Aziz pula memang konpom-konpom mesti keluarkan cover kaset kumpulan KRU dari dalam beg High Sierra biru gelapnya. Ada masa lapang saja, pasti akan dihafal liriknya. Tak pernah pula dia bawa kaset KRU. Apatah lagi nak nampak dia pegang walkman jenama Sanyo. Tapi tengok koleksi cover kaset KRU tu, wa tau Nor Azah binti Aziz memang die hard fan KRU. Lirik-lirik yang tertera memang dah khatam dia hafal. Gila hebat. Gayanya juga mirip-mirip KRU. Oleh kerana dia seorang pengawas, maka dia harus mengenakan kasut hitam ke sekolah. Bata bukan. Pallas Jazz 3 lubang juga bukan. Apatah lagi North Star. Bentuknya seakan-akan kasut but yang KRU pakai masa final Juara Lagu dulu-dulu yang sembur ridsect kat api tu.
Wa, Khumaini, Aizat dan Shahrulnizam lepak di port kitorang sendiri. Sambil cerita tentang rancangan TV semalam juga. Tapi bukanlah cerita-cerita yang tiada masa depan cemerlang macam budak-budak perempuan yang kat depan tu tengah syok sembang. Kitorang bercerita rancangan yang ditonton di TV Singapura, Channel 5. Rancangan belajar main bola bersama Ryan Giggs. Tinggal kat JB ni gila best. Tak payah nak pasang Astro. Mega TV pun tak payah. Guna antena biasa saja. Siaran Singapura dan Indonesia full cover. Rumah-rumah yang guna TV lama, jenis ada 6 hingga 8 butang siaran, memang dicop ketinggalan zaman. Rugi tak dapat tengok banyak siaran. Sambil bercerita, sambil main bola kertas bentuk 3 segi. Tiang gol ragbi berpaksikan tangan.
Tengah seronok bercerita, Aizat selaku kawan wa yang paling advance ke depan ada satu rancangan untuk dilakukan. Aizat hebat sebab baru darjah 6 dah bawak kereta mak dia dari JB sampai Endau. Tu pun mak dia duduk kat sebelah. Memang hebat. Time tu wa cuma tahu kayuh basikal saja. Tapi jarang-jarang wa dapat kayuh basikal ke sekolah. Sebab rumah wa betul-betul depan sekolah. Memang tiada alasan langsung nak ponteng sekolah. Mak wa jengah dari rumah je dah boleh nampak wa kat dalam kelas tu. Khumaini setuju dengan cadangan Aizat. Shahrulnizam dan wa pula terpaksa membatalkan niat menyertai rancangan Aizat sebab lepas ni kitorang ada latihan kompang. Pertandingan kompang sekolah-sekolah negeri Johor bakal berlangsung tak lama lagi. Wa selaku pemain kompang termuda kampung wa yang atok wa harap sangat boleh jadi pelapis, memang tak boleh tinggal latihan-latihan macam ni. Kena pula kompang jawa, memang la champion. Cadangan Aizat memang cadangan gila...
bersambung . . . . . . . . .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment