Wa dan geng-geng rumah no.17 baru saja selesai mengadakan mesyuarat Freemason di bilik Mail Bos. Mesyuarat "kita-kita" tadi diserikan dengan hidangan air mineral, rokok masing-masing, biskut Munchy dan juga campuran tembakau dengan "abang" yang telah diracik halus. Tak lupa juga botol air penyejuk badan cap badak sebagai dapur.
Mesyuarat kitorang lebih menjerumus kepada nak cari rumah sewa baru. Sebab utama mesyuarat diadakan adalah kerana duit sewa rumah dah dinaikkan kepada RM170 untuk satu kepala. Penghuni juga telah bertambah menjadi 12 orang. Lu kira berapa duit sewa rumah sebulan. RM170 x 12 orang = RM2040. Baik wa dengan budak rumah sewa penthouse. Siap ada swimming pool lagi. Rumah wa? Swimming trunk budak-budak rumah je la.
Wa dan budak rumah no.17 sedang mencari rumah atau apartment atau kondominium atau penthouse untuk disewa di sekitar Kelana Jaya. Kalau boleh fully furnished. Tenang sikit jiwa tak payah pening fikir nak cari perabot, mesin basuh, dapur masak, tv, Playstation 2, dan katil. Harga tu kalau boleh bawah RM1,700.00. Dapat RM1,500.00 lagi cantik. Memang wa buat kenduri doa selamat la lepas tu.
Rumah no.17 tidak lagi tenang seperti dulu sejak rumah ni dihuni seramai 12 orang. Masing-masing dah macam lembu kena jentik telur. Meranduk sana sini. Nasib baik ada "abang". Kunci pintu bilik, tak payah nak fikir budak rumah tengah buat apa. Stone saja bersama Mail Bos dan Rahmat Bunkface.
Monday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment