" KL tu opportunity kau nak buat duit tu besar. Apa sahaja business boleh jalan kat KL tu. Kalau kau dah pilih KL, kena bersungguh-sungguh berniaga. Macam Cik dulu, start ni semua dari KL. Boleh beli 2 kebun kat Selangor, 3 biji rumah di KL. Kalau tak sekarang ni Cik dah sukses kat KL. Tapi Cik nak majukan orang-orang kita, orang-orang Melayu kat Kluang tu. Ramai lagi yang tengah tidur. Tak nampak peluang depan mata. Kalau kau tak minat nak sambung jaga stesen, nak buat bisnes lain, jalan je. Cik support. Tapi kau kena bersungguh-sungguh la nak berniaga. Kau kena betul-betul. Jangan main-main. Kau tengok berapa ramai sekarang orang tak amanah. Disiplin diri kena ada. Berjimat cermat tu yang paling penting. Jangan nampak orang lain pakai mewah, kau nak jugak. Biar orang nampak kita tak berduit. Biar kita sendiri yang nampak duit kita. Kau ambil contoh Cik je la. Tak payah ambil contoh jauh-jauh. Mobil kat Kluang tu majoriti Cik punya. Sampai sekarang kau nampak Cik pakai apa? Wira je. Hilux tu pun baru-baru ni Cik beli. Senang nak masuk kebun. Tu pun dah lebih 40 tahun Cik meniaga. Family kita ni dah dari dulu dengan pam minyak. Caltex kita dah conquer, Mobil kita dah conquer, Shell pun ada. Petronas pun kita dah dapat. Adik kau tengah apply Petronas. Memang kita dah faham selok-belok nak meniaga gas station ni. Modal kita takde masalah. Bapak kau boleh bagi. Tak cukup Cik ada. Tapi lagi bagus kalau kau ada modal sendirik. tak payah pening-pening nak bayar hutang. yang penting, kau kena tanam niat dalam diri kau, taknak kerja dengan orang. Tanam niat nak berniaga. Jual kacang 50sen kat tepi jalan pun takpe. Berniaga juga tu. Asalkan tak kerja makan gaji."
Wa angguk tanda faham...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment