Wednesday
Apa jadi kalau sekali tiga orang tayang skill?
Kenal? Tak kenal jangan nak mengaku diri tu rock la. Pergi sana jauh-jauh layan indie baju tulisan warna warni "awak tak perasan saya sebab awak ingat awak cute" ataupun "saya cinta di couple" Macam hamjadah je baju cenggitu. Mak gua pun tak restu.
Dah keluar TV dah.. Yazid Search bagitau 3-3 orang masterji kat atas ni konpom main masa 1 Ogos nanti. Teruja? Terkinja dah gua ni.
Gua tutup mata... gua layan balik lagu-lagu lama Search. Gua dapat bayangkan... gua betul-betul diri paling depan. Pegang pagar yang menjadi jurang odien dengan stage. Kepala dongak menghadap stage. Sorang-sorang gentel gitar masing-masing. Lepas tu, 3-3 sekali sama-sama goreng dari fret 1 sampai 23 atau lebih.
Ah.. cakap banyak tak guna, tembak tak kena. Pergi cari tiket pada yang belum. Gua nak training sambar mikrofon ni. Mana la tau Amy nak volunteer panggil odien nyanyi. Untung-untung Amy ajak join Search sekali nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment