Tuesday

Ulangtahun ke 19. Muda Lagi..

22 November 2009...

Terima kasih gua pada Delina sebab belanja gua makan sehari sebelum hari "puja hari lahir" gua. Nak sangat dia belikan gua samting walhal gua tengah tak fikir apa benda yang gua nak masa besday gua. Lu ingat besday gua pun, kira hensem dah tu. Ehe..

Malam sebelum besday gua, gua ke Wondermilk untuk satu aktiviti Lomokids bersama kanak-kanak Rumah Solehah yang dipimpin oleh Fathiiah selaku penjaga diorang. Tugas gua dan rakan-rakan Lomokids lain ialah untuk menerangkan pada meraka tentang apa itu lomography.

Adik-adik Rumah Solehah ni sebenarnya adalah terdiri dari mereka-mereka yang sangat istimewa. Diorang penghhidap HIV sejak dari kecil lagi. Yang patut kita layan sama rata, bagi perhatian sewajarnya, bukan sisih atau buang. Gua bangga dapat damping dengan diorang. Pengalaman pertama gua tu.

*****

Settle program, gua meeting di Don Blues bersama mereka yang lain. Gua pelik pasal Peijan turut sama datang meeting tu. Punya jauh dari Seri Kembangan turun ke Kelana Jaya. Lepas meeting, gua balik rumah. Tak jauh. Belakang Don Blues saja. Sampai masuk lorong rumah, gua lagi pelik pasal penuh kereta parking kat situ. Dan lagi pelik, ramai betul port kat anjung rumah gua. Macam ada kenduri..sekali kendurikan gua rupanya. Memang bangsat. Ok, plan lu orang tahun ni gua declare sukses. Puas hati? Dem! 2-3 papan telur, 3 paket tepung jenama Blue Key.

Akibat dari hari "puja hari lahir" gua malam tu, paip depan rumah patah, rumah gua bersalji, rumah jiran sebelah juga bersalji, kereta kawan-kawan bersalji, kereta jiran juga bersalji, dan tak lupa juga kucing gua juga bersalji. Sampai jam 2.30 pagi gua setel kerja. Penat? Mana ada. Gua kental. Haha.

*****
23 November 2009...

Nasrol datang rumah gua kejut gua bangun tidur seawal jam 8.45 pagi. Takde can gua nak tidur lebih. Haha. Dengan mata yang layu, gua sampai ke Masjid Negara bersama Del, Nasrol dan Syimir. Kat sana, Faisal dan Fathiiah beserta adik-adik Rumah Solehah dah tunggu kami. Maaf la lambat. Aktiviti gua dan diorang pagi tu ialah outing sekitar Kuala Lumpur sambil melomo sakan. Merasa la adik-adik tu melomo sekali. Hasil diorang nanti gua akan up bila dah siap develop ok!

Masa tengah outing, mak gua SMS:
"Askum smat ari lahir.Mak doakan moga Allah panjangkan umor murahkan rzki bjaya dlam apa saja yg dcbori jadi anak yg solehlg briman jd peniaga yg bjaya n jutawan satu ari nnt.Temu jodoh pempuan yg baik solehah lagi briman.Amin."

Terharu kejap gua. Tak sangka pulak mak gua SMS. Dah pandai shortform pulak tuh. Up to date juga mak gua ni.

Selang lima minit, adik perempuan gua pula SMS:
"Happy besday yg ke-25.Smge ape yg dihajati tercpai n sht tbh bdn,murah rezeki.Amin..."

Adik gua ni..umur gua pun tak tahu. Gua baru 19, dia kata 25. Cet!

Bos gua? Macam biasa, bos gua tak into wish-wish besday nih. Haha.

*****

Hari yang penat, tapi gua enjoy! Sampai rumah jam 7.30 malam, gua terus tidur sampai jam 5 pagi.

Untuk adik-adik Rumah Solehah dan kawan-kawan semua, sempena hari "puja hari lahir" gua, ni gua hadiahkan lagu untuk lu orang ok! Enjoy!

6 comments:

Qib Zieman said...

Sungguh murni niatmu. haha
Selamat Hari Jadi Yang Ke-19. keh keh :P

delina said...

mantap jugak suara budak nih.

ahleng ariKen said...

best dowh kalo wat aktiviti camni...

peijan said...

wa tak terbabit bam.
syimir yg msg wa suh dtg.. azri yg suh beli stock.. huhu.. :)

jenjibam said...

gua dah agak dah..mesti plan dia dua orang. nasib baik kereta diorang gua dapat cuit.kahkahkah

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

salam hari lahir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...