Wednesday

Saya Ada Kawan. Nama Dia Iyan Loser.

Masa hari raya haji hari tu, member gua call. Depan mak bapak gua, gua layan sembang gua-lu dengan member gua tu. Letak je henpon, bos gua azan ngam-ngam kat cuping kanan telinga gua. "Ha.. tu sampai ke tua la bahasa samseng tu lekat."

Maka..entri kali ini, gua ubah kata ganti diri bagi gua, kepada kawan. Amacam? Brader-brader tak agak-agak bahasa gua lepas ni?

*****

Hari minggu lepas, kawan dijemput oleh teman kawan, Azri namanya. Dari bulan sepuluh dia dah sibuk bagitau kawan, wajib datang. Iyelah.. teman kawan nak tunang..kawan tak nak kecikkan hati teman kawan. Dari Kluang lepas subuh kawan gerak ke Kolumpo dengan adik ipar kawan. Penat kawan drive dari Kluang, semata-mata nak penuhi permintaan teman kawan tu.

Majlis pertunangan teman kawan tu bukan saja berlangsung dengan jayanya, malahan ketiak teman-teman kawan juga berkuah, berlecak, dan bertakung dengan peluh jantan. Bukan seronok lagi, tapi beronok-ronok kawan tengok gelagat teman-teman kawan mengadu kepanasan. Teman kawan yang bertunang tu? Dia bukan tahap lecak, tapi tahap banjir di Terengganu dah dia punya pergi. Jahanam habis.

Oleh sebab dah lama tak ngeteh dengan teman-teman kawan yang lain, selesai sahaja majlis pertunangan, kawan dan teman-teman ke Kayu Nasi Kandar di SS2. Macam-macam cerita ada. Dari bola ke bisnes. Dari bisnes ke Siam. Kalau bontot boleh bercakap, pastinya dia akan mengadu sengal duduk di kerusi kayu tu sampai 3 jam.

Seronok..memang seronok.. tambahan pula dapat makan minum free. Memetik karangan Iyan Loser di blognya, "Terima kasih kepada Jamaliah sebab menaja makan dan minum kami sepanjang keberadaan kami di mamak Kayu Nasi Kandar SS2 sempena meraikan kebebasan diri."


Dia punya seronok dapat makan free... macam ni dia punya pergi..





p/s: amacam? brader-brader tak ayat gua? ceh.

5 comments:

M.Farid Lee said...

penggunaan bahasa budiman...tahniah! haha :D

Atomizer said...

hahahhaahah!! teruknye perangai.. boipren sapaaa nih?? ish3..

dellia said...

hahahaha.. iyan mcm tak makan seploh ari je tu :P

iyan said...

sedap beb roti tisu yg jamaliah belanje...

delina said...

penangan roti tisu jamaliah belanje.
memang macam tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...