Sunday

Ah.. Sudah! Bau Apa Ni??!!

Seharian merayap memang memenatkan. Apatah lagi berjalan pusing satu Negeri Sembilan. Sampai je kat rumah, kawan terus salin baju. Pakai kain pelikat saja. Lebih ergonomik. Dah takde pikir nak mandi segala dah. Mata ni dah lebih 24jam tak tidur.. Tambahan pula hujan lebat mencurah-curah. Tengah layan mata, sambil layan sistem pesanan ringkas dengan Ina. Ina? Ehehe.. kawan tak sedar bila kawan tertidur. Kawan bangun, sedar-sedar telefon bimbit kawan di tangan sedang nak reply sistem pesanan ringkas yang tertangguh. Peh..bahasa...


Bila kawan bangun, secara automatik satu bau yang kurang menyenangkan menusuk tepat masuk dalam lubang hidung kawan. Bilik gelap. Kawan tak nampak apa. Cuma cahaya samar dari lampu kalimantang di lot parking kondo belakang rumah kawan sedikit membantu penglihatan. Sungguh, bau tu kawan macam kenal. Kawan dah mula seram sejuk. Tidur sorang-sorang dalam gelap, tak mandi, memang setan suka kacau. Secara automatik, kenangan-kenangan seram yang lepas terus masuk dalam kepala otak kawan. Hard disk 400GB dia kasi tayang. Banyak betul. Yang jumpa "berbungkus" tengah melompat depan rumah sudah, pintu bilik sebelah diketuk oleh "objek tidak diketahui" pun sudah. TV di bawah terpadam sendiri juga sudah.

Ah.. kawan malas nak pikir panjang. Dari melayan semua memori seram yang pernah jadi, baik kawan on suis lampu bilik. Tengok apa dah jadi. Jawa kena berani. Berani segala-galanya. Bilik sudah terang. Tapi macam takde apa-apa yang berlaku. Tapi, jantung kawan berdegup kencang, bila katil sebelah atas yang patut owner katil, Kecik tidur di situ, diganti dengan "benda lain" yang menumpang tidur. Kawan pergi ke bilik depan, tengok-tengok kalau ada budak rumah yang dah pulang. Syukur, budak bilik depan dah balik. Kawan tengok Kecik dan budak rumah yang lain dah berselimut. Kawan panggil Kecik.." Cik, ada "benda" tumpang tidur kat katil ko." Dengar kawan cakap macam tu, budak-budak yang lain automatik bangun dari pembaringan.

"Siapa?" tanya Kecik. Kawan malas nak cakap banyak, kawan ajak dia ke bilik kejadian diikuti oleh budak rumah yang lain. Mata masing-masing tertumpu pada benda tu. Lepas masing-masing senyap, ketawa berdekah-dekah mula menyusul. Satu perkataan je keluar dari mulut Kecik.. "Sial.....".


p/s: tak pernah-pernah kucing gua berak atas katil Kecik, hari ni boleh pulak dia buat hal. Foul betul la.. Terbantut tidur gua. Siot betul la.







5 comments:

ahleng ariKen said...

haha...demm..


p/s-ina...yes!manja nama tu :)

Anonymous said...

hahahah! hahaha!
ini betul, kelako. aku pun penah mengalaminya. aku tau bau de mcm mana.

Amsyar said...

aku pun pernah kena !

saya.L-A-N-N said...

Ina? hak3. comel benauuu.
kucing lu kena ajar berak kat atas pasir ni bammm

jenjibam said...

farid: shhh..diam2..kang dia marah.haha

cikaja, amsyar, lann: dia biasa berak kat tempat yg disediakan. tapi haritu pintu bilik tertutup. dia xbole keluar. x tahan sgt agaknya. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...