Saturday

Mengamuk Sebab Lapar !!!

Baru kejap tadi kawan, Delina, Fahmi "Barney" Itu, Papa Mukhriz, Mama Jijah, Zainuri, Syimir Juih dan Peijan Penchala lepak di kedai makan berhampiran studio tempat rakaman Homegrown. Tengah sedap berbincang tentang masa depan jodoh masing-masing yang masih solo, lebih-lebih lagi jodoh Zainuri, tiba-tiba... "PRAP!!!" Semua senyap secara serentak. Dalam masa yang sama mata kami semua tertumpu ke satu arah. Lokasi arah tu tak jauh, sebelah kiri kawan saja. Tak lama lepas tu, dalam kiraan lebih kurang 5 saat, satu table kami gelak sampai meleleh air hidung. Table jiran-jiran sebelah juga tumpang join gelak sama. Tapi gelak diorang tak kuat. Cover-cover sikit. Maklumlah, tak kenal. Nak rasa kena stunt macam dalam gusti tahun '93 dulu, cubalah gelak kuat-kuat. Paling tipis pun sakit ulu hati.


Fahmi "Barney" Itu dah mula cover muka. Tutup muka guna tangan. "Peh..tak pernah gua malu macam ni.." kata teman kawan tu sambil toleh kiri kanan. Tengok-tengok kot-kot table jiran masih mengukir senyum panjang. Hehehe..











Tuan empunya badan yang menjadi punca.



P/S: Malam ni Fahmi "Barney" Itu tidur rumah kawan. Kawan dah bagitau siap-siap jangan tidur atas kerusi. Kerusi rumah kawan ni pihak hostel yang punya.

4 comments:

tomlelakikuat said...

malam nie lu pelan2 guling barney pegi tapak parking...

ahleng ariKen said...

perghhh..fahmi...dasat btol..haha..
kne beli kerusi ikea la pasni

Iezah said...

Cpt up part 2 nya citer..pantas..!

saya.L-A-N-N said...

hahahahaa!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...