Friday

lomokidS di UTP - Report


Syimir dah tak berapa nak lonely dah...



Mus May dan anak muridnya untuk Mentor TV3.



Bergurau senda depan lomowall.


Band baru dari lomokidS. Baju putih pakai selipar tu tukang angkat barang band. Sebab tu dia tak kemas dan kacak macam kami.



Gembira sakan lepas event settle.


Muka-muka penat yang siapkan wall selama 12 jam.

Gambar: Syimir "Dah Tak berapa Nak Lonely"
Editing: Kawan la.. sapa lagi..


Gerak hanya bertiga dari Kelana Jaya, kawan, Syimir "Dah Tak Berapa Nak Lonely" dan Berg Holga menuju ke Sri Iskandar, Tronoh yang tak berapa nak berseri. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dengan menahan ngantuk, kami bersembang-sembang dalam perjalanan, mengharapkan sesuatu yang best di UTP nanti.

Singgah di mamak area Tronoh untuk melepaskan penat perjalanan sambil bersarapan pagi, makan roti kosong cicah kuah kari kelkatu. Keh keh keh. Masa tengah sedap melantak, tetiba banyak la pula kelkatu atas lampu. Yang jatuh tepi pinggan ada, masuk dalam seluar pun ada. Hilang juga ngantuk masa tu akibat mengelak kelkatu yang berkeliaran. Dapat juga kami bersenam pagi secara tak sengaja.

Dengan hujan yang mulanya agak lebat, dan kembali renyai, kami meneruskan perjalanan yang tak berepa jauh lagi. Sampai sahaja di UTP, kami dibawa ke sebuah dewan. Universiti paling cantik struktur bangunan yang pernah kawan nampak depan mata berbanding lain-lain universiti. Perpustakaan UTP lain dari yang lain. Rak buku bertingkat membuatkan kawan dan teman-teman lain kagum.

Kami mula setup wall seawal jam 9.30 pagi disusuli oleh kedatangan Ripsta dan Abang Kasim. kami meneruskan kerja-kerja setup wall tanpa mengira penat dan mengantuk. Komitmen harus 100% untuk menyiapkan kerja pemasangan lomowall. Kerana komitmen 100% itulah lomokidS menempa nama hingga sekarang. Ketiadaan tangga agak menyukarkan kerja pemasangan. Setelah kami request tangga, dapatlah kami siapkan kerja seperti yang dirancangkan walaupun memakan masa 12 jam untuk meyiapkan lomowall tersebut.

Pihak Shutterbug (exhibition yang kami join) mintak kami penuhkan dewan dengan lomowall. Kawan menyirap. Tapi sebab kami nak jaga nama lomokidS, sikap profesional harus kami tunjukkan. Kami refuse dan menolak dengan baik. Alasan gambar tak cukup sangat munasabah untuk kami. Lepas siap kerja pemasangan wall, kami bergegas ke penginapan untuk melepaskan rindu pada bantal. Big thanks pada Yun Shutterbug guide kami ke tempat penginapan. Tempat sedap. Ada air-cond. Siap lajak tidur lagi. Haha.

2 hari exhibition berlangsung, kami rasa itulah exhibition paling hambar pernah kami hadiri sepanjang lomokidS join exhibition di mana-mana tempat. Walau bagaimanapun, kami still gembira, ada respon dari banyak pihak bertanya soalan tentang lomography.

Walaupun ada pihak memanipulasi kami sepanjang 2 hari exhibition berlangsung, kami still gembira. Thanks pada yang "makan" kami, yang menipu kami. Kawan takde hal punya. Tapi Berg Holga bingit sebab kena sound dengan brader mentenen pakai Crocs ayam "Ko kenapa selekeh sangat?" kalau kawan kena, dah lama kawan ajak one by one time tu jugak. Tapi Berg Holga berjaya mengawal perasaan hangin satu badannya dengan bersikap diam diri.

Senang cerita, lepas ni mungkin lomokidS tak join lagi dah apa-apa event di UTP. Serik dengan apa yang dah berlaku agaknya. Haha.



7 comments:

mim said...

susah benar sampai kod pakaian pun nak jaga.

LANN said...

kalau gua jadi berg tu, gua jawab jer : gua tak kaya2 macam lu. sume petronas sponsor.

org nak pakai apa pun, apa celaka dia nak bising. kimak.

btw, apa cerita kat utp ni. pehh. nak tahu gak bam.

ahleng ariKen said...

gle panjang nama baru syimir!haha

Aliff Ashman said...

ak sbg org utp pn bosan gle ngn event nih... -_-" timing event xbtol lgsg...n event mlambak2 smp dh common bnde cni...

neyda said...

asal x buat kt unitar en.jibam? bleh ajak rmi bdk2 lomo datang. lgpn stdnt unitar lebih ghairah kot nk taw dr stdnt2 UTP (:

jenjibam said...

mim: biasa la... kita ni selekeh jek mim.

aliff: kena repair balik mana2 yg bocor tu. meeting kaw2 punya.

neyda: dalam perancangan. lagipun kat unitar tu mcm xde tempat utk exhibition la. haha.

Nizam said...

takpe ah bam.janji passion mau ada.LOMO ON!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...